WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Isnin, Ogos 23, 2010

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

pihak Pengurusan Tbs mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan semoga amalan kitani akan diterima oleh Allah SWT.

Ahad, Ogos 01, 2010

Kemenangan 5 gol TBS penutup kempen dengan hanya 10 pemain

berakas - pada hari sabtu yang lalu, pasukan TBS melabuhkan kempen perlawanan penutup sebelum datangnya bulan ramadhan dan syawal dengan kemenangan tipis 5-4 kepada pasukan MINDEF. perlawanan sedikit tertangguh beberapa minit kerana para pemain kedua-dua pasukan belum mencukupi. pada awalnya pemain tbs hanya 8 orang saja dan memandangkan pengadil tidak akan meneruskan perlawanan maka pengurusan tbs menjemput seorang bekas pemain tbs untuk perlawanan tersebut. difahamkan tidak ramai pemain tbs yang hadir bermain pada hari berkenaan. walaubagaimanapun, dengan mula bermain hanya 9 orang tbs berjaya membolosi gawang MINDEF hanya seminit perlawanan bermula menerusi yun. tbs berjaya menambahkan jaringan kedua oleh sarun hasil rebaun dari rembatan kancang yun yang terkena palang.

MINDEF berjaya merapatkan jaringan daripada kesilapan penjaga gol tbs yang menjadikan kedudukan 2-1. kesilapan penjaga gol tbs tersebut tidak mematahkan semangat pemain tbs yang hanya beraksi sepuluh orang selepas gaz tidak mensia-siakan hantaran dari sarun untuk meledakkan gol ke tiga buat tbs.

pada separuh masa kedua, MINDEF bermain dengan corak menyerang dan sekali lagi merapatkan dipisit gol 3-2. ketika MINDEF terus mengamalkan corak menyerang akhirnya menghukum diri sendiri setelah lorongan dari gaz tidak dapat dikawal oleh bek MINDEF dan akhirnya sarun sekali lagi menjadikan dipisit 2 gol iaitu 4-2. selang beberapa minit MINDEF tetap tidak putus asa dan berjaya juga merapatkan gol menjadikan 4-3.

serangan balas tbs berjaya menghukum kelalaian bek MINDEF apabila sarun melepasi perangkap ofsaid dan rembatannya terkena palang tetapi berjaya di kuis oleh gaz untuk jaringan mutlak tbs kepada 5 gol. MINDEF mendapatkan gol saguhati disaat-saat akhir perlawanan untuk memberikan kemenangan tbs 5-4 dengan hanya sepuluh orang beraksi pada hari terakhir kempen. syabass tbs..

berjumpa lagi dalam perlawanan selepas raya nanti...