WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Rabu, Mac 31, 2010

SKUAD TBS TEWAS

Tarikh : 31 Mac 2010, Rabu
Jam : 8.00 malam
Tempat : Padang Balapan

Dengan berkeputusan kekalahan ..

SPA (2)
HAYRUL, YUN

ZUCCA FC (7)

Pemain-Pemain TBS yg hadir : denie, hayrul, g emmy, cip rohan, g bash, bob, abul, rinol, g gaz, sarun, g baim, yun, zaim, ham, haz, ayyub, jul, hamil

Malam tadi, skuad bola sepak TBS bertandang ke Padang Balapan di Berakas bagi menyahut cabaran perlawanan persahabatan di antara skuad bola sepak TBS (berjersi putih) bertemu dengan Zucca FC yang berjersi biru (diantaranya adalah kalangan pemain dari pasukan bola sepak RBA) yang mana TBS terpaksa akur dengan kelibatan serta ketangkasan dan susunan yang teratur pemain-pemain pihak lawan dan sekaligus menerima kekalahan besar setakat ini dengan jaringan TBS tewas 2 gol babalas 7 yang di kecapi dengan mudah dalam gengaman tangan RBA. Walaupun tewas, skuad kitani ani masih mampu berjaya memberikan saingan yang sengit dan menunjukkan tindak balas dengan permainan yang di buat begitu baik.

Di separuh masa pertama, skuad tbs ketinggalan mudah 0-3 oleh pihak lawan sehingga wisil penamat separuh masa ditiupkan. Manakala di separuh masa kedua pula, pasukan lawan semakin mengganas dan menambah koleksi jaringan dengan membolosi 4 gol lagi yang mana berkedudukan skuad TBS kini telah ketinggalan jauh 0-7. Walau keputusan telah ketinggalan dibelakang sepertinya pihak lawan beranggapan rasa kekecewaan telah diharungi skuad TBS, pasukan kitani lakat jua mampu bangkit di saat-saat akhir dengan membuat serangan bertubi-tubi sehingga ahirnya berjaya menghasilkan 2 gol dalam 15 minit sebelum masa perlawanan ditamatkan.

Detik-detik meriah dilalui ketika skur pertama skuad TBS dijaringkan oleh HAYRUL. Gol ini adalah hasil dari hantaran jauh dari bawah iaitu apabila pemain tengah Yun membuat hantaran kepada Ghaz, lalu Ghaz membuat ‘touching’ atau reflect passing kepada Hayrul lalu mengheret bola dari tengah padang sehingga benasib melepaskan pemain pertahanan lawan “last man” dan membawa bola secara solo sehingga ke kotak penalty dan menghampiri penjaga gawang lawan lalu membuat rembatan kencang dan menghasilkan golllllllll..haha..(kegembiraan pihak penyokong tbs yg hadir seakan-akan gol keramat telah diperolehi *kononnya ala ala mcm mdpt kamanangan away gol* hehe..) MANAKALA skur kedua pula dijaringkan oleh YUN yang mana menerima hantaran bola dari tedangan sudut yang diambil oleh Ayyub lalu Yun menghasilkan gol dengan membuat lompatan yang tinggi kerana beliau adalah pemain yang tinggi lampai lalu membuat tandukan yang cantik sehingga memperdayakan penjaga gawang pihak lawan kerna terlepas dari dakapannya lalu golllllllll.. Di saat-saat akhir juga, skuad TBS masih lagi mampu membuat serangan demi serangan tetapi gagal meraih sebarang gol tambahan lagi untuk mencari kalok merapatkan jurang jaringan hinggalah wisil perlawanan ditamatkan oleh pengadil yang berjersi kuning..sayang sekali..akhir bah panas ah! Hehe

Walaubagaimanapun pujian harus diberikan kepada skuad tbs kerana menunjukkan permainan yang memuaskan serta ada komitmen lagi untuk hadir beramai-ramai bagi mengikuti perlawanan persahabatan ini serta kerja berpasukan yang telah ditunjukkan. Dari sudut pihak pengurusan tbs, diucapkan terima kasih diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan dan diharap ianya akan berterusan bagi perlawanan-perlawanan yang akan datang.

Dan tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada jurugambar skuad tbs aka penjaga gawang, Awg Samsul kerana berkesudian datang bagi mengambil gambar-gambar atau spot-spot yang menarik sewaktu perlawanan tidak dilupakan jua penghargaan kepada penyokong-penyokong skuad tbs kerana bisdurang sudi hadir beramai-ramai bagi menyaksikan perlawanan malam tadi.

Jumpa lagi di perlawanan parsahabatan seterusnya yang akan datang pada hari SABTU ini iaitu 3hb April 2010 di Padang Menglait jam 4:30 petang. Kehadiran pasukan tbs sekali lagi adalah sangat-sangat diharapkan bagi memantapkan lagi permainan dan komitmen berpasukan..

enjoy n bersuka ria lah melihat gambar2 dbawah ini...zasssss......

antara pemain-pemain yang sempat 'pa alip' ebelum perlawanan


antara barisan-barisan skuad tbs yang hadir bagi menyahut perlawanan persahabatan

spoil bah penjaga gawang tbs kitani ani, ia sorang ganya mengadap camera..puii haha

Malaikat melintas.. ani lagi sorang, orang tengah memanaskan badan, ia kacau daun haha

sesi memanaskan badan & stretching

nada yang serius bah sesi memanaskan badan ani,semua iski kan begambar take action haha

aksi sebelum sepak mula

antara pemain-pemain simpanan skuad tbs..

pasukan lawan Zucca Fc memakai baju berwarna biru

------------------------------------------------------------------------------

Aksi-aksi perlawanan di separuh masa pertama.......





inilah gambar bolos yang diambil bagi tatapan penjaga gawang tbs..gol sendiri dari Rynol haha

tendangan 'free kick" Yun yang nyaris-nyaris menghasilkan gol tetapi sayang tekana palang
antara pemain yang membuat pertukaran..
waktu rehat
------------------------------------------------------------------------------

Aksi-aksi perlawanan di separuh masa kedua.......


Gol keramat sekaligus memecah talur yang dihasilkan oleh Hayrul..shootoooo ehehe

Merayakan gol kedua menerusi tandukan yang cantik dari Yun yang menerima dari tendangan sudut..tetapi sayang golnya nda sempat digambar oleh Professional Photographer hehe
inilah aksi penonton ketika gol-gol keramat dijaringkan..menunjukkan badan yang tegap kepada penyokong pihak lawan.. kira puas hati lah tu cari kelayi hahaha jam jam..
macam biasa lah "pa alip" selepas perlawanan. Kalau kawasan stadium, tempat spot ngisi parut tak lain tak bukan di My Nest Cafe Serusof..


Selasa, Mac 30, 2010

One Day Mini Tournament BOW



BAGAIMANA SAHUT CABARAN??


Undangan bagi penyertaan kejohanan futsal, One Day Mini Tournament BOW, supported by XII bros. 4th April (sunday), venue multi-purpose hall, fee $65, Group ov 5 teams, pilih time 9am - 11-am - 1pm - 3pm - 5pm - 7pm Playoff, 8pm - finish.


PLEASE GIVE RESPONS A.S.A.P THANK YOU.


'komitmen diberi tbs dihargai'


pengurusan futsal tbs

Isnin, Mac 29, 2010

Terkeluar Awal...

dari kiri ke kanan (berdiri) ggaz, zaim, ham, jul, bob, mamat, sarun, momin
(duduk) gbaim, haz, denie, gaidil


qlap - Kalamarin hari minggu, 28hb Mac telah diadakan permainan bola 5 orang sepasukan bagi Kejohanan Futsal anjuran B.O.W 2010 yang berlangsung di Dewan Gelanggang Sukan Fitness Zone yang terletak berdekatan dengan Palm Hotel. Perlawanan tersebut adalah pertarungan di antara 6 buah pasukan dari Kumpulan G yang salah satu pasukannya terdiri dari pasukan futsal kitani yang mendaftarkan Pasukan TBS. Dalam kumpulan tersebut pasukan futsal kitani terpaksa mengharungi 5 kali perlawanan dengan bermain secara liga yang mana pihak penganjur mengenakan masa selama 5 minit bagi separuh masa di setiap perlawanan. Dengan menyertai kejohanan tersebut dapatlah tbs sedikit jangantah banyak pengalaman dalam kejohanan bermain futsal. Makanya berikut adalah keputusan-keputusan yang berlangsung kalamarin :-


SANTANA PULAU vs TBS ( 0 – 2 ) , Hazlami; Mohamad

D’COY vs NOVER 8 ( 0 – 3 )

K.A.E FC vs STREET UNITED ( 0 – 0 )

SANTANA PULAU vs D’COY ( 4 – 1 )

TBS vs NOVER 8 ( 0 – 1 )

K.A.E FC vs D’COY ( 2 – 0 )

SANTANA PULAU vs STREET UNITED ( 0 – 2 )

K.A.E FC vs NOVER 8 ( 0 – 1 )

TBS vs D’COY ( 1 – 2 ) , Dennie

SANTANA PULAU vs NOVER 8 ( 1 – 4 )

D’COY vs STREET UNITED ( 2 – 0 )

TBS vs K.A.E FC ( 0 – 1 )

STREET UNITED vs NOVER 8 ( 1 – 1 )

K.A.E FC vs SANTANA PULAU ( 0 – 0 )

STREET UNITED vs TBS ( 1 – 0 )


Dengan keputusan perlawanan tersebut pasukan futsal TBS menduduki ditangga ke 6 kumpulan dan sekaligus gagal melayakkan ke pusingan seterusnya yang juga diadakan pada hari yang sama.


BIL

PASUKAN

P

M

K

S

J

B

MT

1

NOVER 8

5

4

0

1

6

2

13

2

K.A.E FC

5

2

1

2

3

1

8

3

STREET UNITED

5

2

1

2

1

3

8

4

D’COY

5

2

3

0

5

10

6

5

SANTANA PULAU

5

1

3

1

5

9

4

6

TBS

5

1

4

0

3

5

3


Sekian yang dapat disampaikan untuk dimuatkan dalam berita sukan TBS pada hari ini. Berjumpa lagi dalam muatan sukan yang akan datang.

Sabtu, Mac 27, 2010

KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN B.O.W 2010


dimaklumkan kepada pemain futsal tbs yang menyertai kejohanan B.O.W 2010 supaya akan mengambil perhatian berikut;

  • anjuran pada 28hb Mac 2010 (hari ahad)
  • bermula pukul 12.00 tengahari
  • tempat di gelanggang futsal fitness zone kiulap (berdekatan Palm Hotel)
  • bawa jersi BIRU pasukan tbs
  • bawa shin guard dan kasut futsal tapak kuning

KERJASAMA DARI SEMUA PEMAIN DAN YANG TERLIBAT ADALAH SANGAT-SANGAT DIHARAPKAN DAN DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.

*penyokong-penyokong tbs adalah dialu-alukan untuk hadir.

'KOMITMEN DIBERI TBS DIHARGAI'

Pengurus Pasukan Futsal TBS

Sabtu, Mac 20, 2010

SPA SERI 4 SAMA MENENTANG ITB STAFF

Tarikh : 20 Mac 2010, Sabtu
Jam : 4:30 petang
Tempat : Padang UBD B

Dengan berkeputusan seri..

SPA (4)
SHAHRON(1), SHARINOL (1), YUN (1), HAYRUL (1)

ITB STAF (4)

----------------------------------------
Antara pemain-pemain tbs yang hadir :

Barisan atas dari kiri : Hj Bashrin, Yun, Shahron, gBaim, Bob, Hasmi, Rynol, Suhara, Hayrul, Zaim, Hamri
Barisan bawah dari kiri : Hj Aidil, Ayyub, Dennie, Hazlami, Hj Ghaz, Rouhan


Petang tadi, skuad tbs bertandang ke kompleks sukan UBD bagi menyahut cabaran perlawanan persahabatan diantara pasukan tbs (SPA) dengan ITB STAFF yang mana berkeputusan seri 4 sama serta dengan rasminya membuka tirai dengan menyarungi jersi pasukan yang baru. Diucapkan SYABAS kepada pasukan tbs kerana menunjukkan permainan yg memuaskan walaupun berkeputusan seri, yang penting tidak tumpas di tangan pihak lawan. Kedua-dua pasukan menunjukkan perlawanan yang sengit. Di separuh masa pertama, pasukan tbs (iaitu SPA) mendahului jaringan dengan berkeputusan 4-0 sehingga wesel penamat separuh masa pertama ditiupkan. Jaringan pertama bagi pasukan tbs dijaringkan oleh SHAHRON melalui hasil dari rembatan kencangnya melalui hantaran bola dari sebelah kanan. Jaringan kedua pula disudahi oleh SHARINOL dengan berjaya membawa bola solo hasil dari hantaran bola dari sebalah kanan lalu menggelecek sehingga memperdayakan penjaga gawang lawan. Manakala jaringan ketiga pula dihadiahkan dengan sepakan penalty yang mana pemain penyerang licik tbs Hj Ghaz dijatuhkan dalam kawasan kotak penalty yang mana diremuk dan dibantai oleh penjaga gawang dan juga pemain pertahanan pihak lawan ketika beliau membawa pergerakan solo yang ingin menggelecek penjaga gawang lawan, tetapi sayangnya tidak menjadi lalu diremuk oleh pertahanan lawan. Nasib beliau nda papa n masih ok! Kesian eh sulnya purr hehe.. Jaringan penalty ini dengan mudahnya disudahi oleh pemain tengah YUN. Jaringan terakhir pula djaringkan oleh HAYRUL iaitu rembatan 'first timer' hasil dari hantaran lintang rendah dari sebelah kiri..

Di separuh masa kedua pula, pasukan tbs tidak berhasil membolosi gawang pihak lawan, disebaliknya pasukan lawan berjaya menyamakan kedudukan seri 4 sama sehinggalah wesel penamat ditiupkan,sayang sekali..! Walaubagaimanapun pujian harus diberikan kepada pasukan tbs kerana menunjukkan permainan yang memuaskan serta ada komitmen untuk hadir beramai-ramai bagi mengikuti perlawanan persahabatan ini serta kerja berpasukan. Diucapkan terima kasih diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan dan diharap ianya akan berterusan bagi perlawanan-perlawanan yang akan datang. Jumpa lagi di perlawanan yang akan datang dalam bulan Mac ini iaitu 31hb di Padang belapan jam 8 malam. Kehadiran pasukan tbs adalah sangat-sangat diharapkan bagi memantapkan lagi permainan dan komitmen berpasukan..

Enjoy tah meliat gambar-gambar yang diambil dibawah ani:

sesi latihan dan memanaskan badan

pasukan ITB STAFF

aksi perlawanan di separuh masa pertama dengan berkesudahan SPA mendahului 4-0


pemain-pemain pasukan tbs dan staf-staf SPA yang menyaksikan perlawanan di separuh masa kedua..

pengurus besar pasukan tbs hadir menyaksikan perlawanan..peace!!!

dorang bemain di separuh masa kedua, yang ni iski kan begambar hehe.. cool pengurus besar sorang2 duduk di belakang..

thanks kepada staff2 SPA yang turut hadir bagi menyaksikan perlawanan persahabatan ini, mereka mereka ialah Zamri, Kyrun, G.Fad & Daus AF8 hahaha

aksi selepas perlawanan.. sorang2 keletihan & nda bebaju, seksi yoooo ada 1 pack ada 6 packs hahaha

Zamri ni nda tau ah kenapa ka ya bagi penerangan dalam longkang, mcm nada kerusi saja wawawa peace bro... asap tu jgn fikir lain2,asap rokok tu hehe

macam biasalah..kalau ada perlawanan d padang UBD, spot tempat mengisi parut tak lain tak bukan di GMC rimba..some of players n staffs saja yg mengisi tangki hehe..


...tidak lupa jugak kepada bekas pemain pasukan tbs (x-spa) awang Mohd n Ajin kerana sudi datang.


SEE YOU NEXT MATCH ON THE 31st OF MARCH AT BELAPAN
SPA vs RBA

Selasa, Mac 16, 2010

tbs menyertai Kejohanan Futsal B.O.W 2010


Pihak pengurusan tbs insya'Allah akan menghantar pasukan tbs untuk menyertai kejohanan futsal anjuran B.O.W yang dijadualkan pada 28hb Mac, 2010 (Ahad) pukul 12.30 - 4.00 ptg. berikut adalah senarai pemain-pemain futsal tbs yang telah menyahut cabaran dan memberikan komitmen untuk ikut serta;-

dennie, g aidil, ham, bob, g baim, lami, zaim, azhan, kisi.

pengurus: GGaz
penolong pengurus: Qudeel
pengawas kelengkapan: Mumin
selamat bertanding dan semoga berjaya..!!

Isnin, Mac 15, 2010

KEMBALI LAGI… IT’S BACK…

P/S: DIBATALKAN

Penyokong Manchester United TBS mempelawa

“ Gathering Battle Of The REDS Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Man United VS Liverpool @ Theatre of Dreams

Hari : AHAD
Tarikh : 21HB MAC 2010
Pukul : 7.00 MALAM HINGGA 12.00 MALAM
Tempat : TINGKAT 1, RESTORAN SERI MAMA, SERUSOP (sebaris Restoran C.A.Mohamad)

Description

Clash Manchester United vs Liverpool – play at Old Trafford – kick off at 9.30 malam.
Strictly untuk Pegawai dan Kakitangan lelaki/wanita Pejabat SPA & Keluarga SAHAJA.
Dibukakan juga kepada penyokong kelab pasukan lain untuk sama-sama meriahkan suasana.

Bayaran BND $15.00 seorang sebagai tikit masuk ke Stadium Sri Mama.
Ada Karaoke sebelum perlawanan bermula (bawa saja cd lagu kegemaran hati).
Masa untuk terais teriak menjerit tym
Watching the LIVE match.
Buffet mencekik dulu menikmati makan-makan sebelum memekik bermula jam 8.00 malam.
Enjoyment and Fun pastinya macam-macam ada.

For further information, hubungi: G Ghaz atau Rinol

Acara akan dijalankan jika sambutan sangat menggalakkan dengan penyertaan lebih dari 30 orang hadir.


TARIKH TUTUP BAYARAN SEBANYAK BND $15.00 SEORANG SEBELUM
HARI RABU, 17HB MAC 2010, PUKUL 4.30 PETANG

Khamis, Mac 11, 2010

PEMAIN VETERAN MENINGGALKAN SKUAD TBS

Pada hari ini, kita akan kehilangan seorang lagi pemain yang berkaliber dan berpotensi, kerana pemain ini akan meninggalkan pasukan tbs kerana beliau dinaikkan pangkat dan berpindah ke Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Beliau akan mula berkhidmat di Kementerian tersebut pada hari sabtu ini 13 Mac 2010. Dengan mulanya tarikh tersebut, maka berakhirlah khidmat beliau d Pejabat ini serta terlucut dari menyarungi Pasukan tbs. Oleh yang demikian, maka dengan rasminya pasukan tbs akan menyerahkan pemain ini ke Kementerian tersebut dengan pemindahan secara percuma. Pemain yang dimaksudkan ialah AWG HJ HARIS BIN HJ KAMIS (tbs15) iaitu yang menyarungi jersi no 15. Dengan itu kami semua dari pasukan TBS mengucapkan TAHNIAH kerana dinaikkan pangkat dan berterima kasih diatas khidmat beliau di Pejabat ini serta menyarungi pasukan tbs semenjak beliau berkhidmat d Pejabat ini sebagai pemain midfielder/striker yang berkaliber dan berpotensi serta komitmen yang tinggi. Kami rasa bersedih diatas kehilangan pemain ini kerana beliau adalah satu-satunya pemain harapan veteran untuk mencukupi setiap syarat-syarat yang dianjurankan dari kementerian2 & jabatan2.. TAHNIAH & SEMOGA MAJU JAYA.. Aminnnn

Rabu, Mac 10, 2010

PEMAIN SKUAD TBS DIHANTAR KE AUSTRALIA SELAMA 2 TAHUN BAGI SESI LATIHAN BOLASEPAK

Dengan ini pihak pengurusan skuad tbs ingin memaklum bahawa seorang pemain skuad tbs tidak menyarungi atau bermain dalam skuad tbs selama 2 tahun kerana beliau dihantar ke Australia untuk dilatih bagi memantapkan lagi permainan beliau di atas padang sebab beliau kurang menyerlah dan kurang memuaskan sejak akhir-akhir ini di setiap perlawanan, tidak menghasilkan sebarang gol dan sebagainya. Oleh itu pihak pengurusan skuad tbs sudahpun menghantar beliau ke Australia bagi sesi latihan fitness dan strategi permainan di bahagian serangan yang akan dilatih oleh antara pemain-pemain kebangsaan Australia iaitu Harry Kewell dan juga Mark Viduka. Kami ucapkan semoga beliau MAJU JAYA dalam latihannya disana dan AKAN LEBIH MANTAP DAN MENYENGAT LAGI seketika beliau pulang ke tanah air 2 tahun yang akan datang bagi menyarungi jersi skaud tbs... Pemain yang kami maksudkan adalah tbs17 iaitu AWG AMINUDINSHAH BIN JALUDIN yang menyarungi jersi No. 17.. MOGA SKUAD TBS AKAN MAJU & KUAT DENGAN KEHADIRAN BELIAU NANTI & AKAN MENJADI PENYERANG LEBIH BERBISA…aminnnnnudin! Hehe.. tinggallll Australia ah.. jgn lupa bawa Kangaroo nanti wawawawa