WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Sabtu, Jun 19, 2010

TBS berjaya meneruskan keMENANGan


BOMBA
( 2 )

TBS ( 3 ) Cip, Sarun, Hyrul
- Padang Bomba Berakas, Kick Off: 4.45pm

pemain-pemain: Zul, GBaim, Rinol, Ham, Amil, Hyrul, Yun, Cip, GGaz, Askme, GAris, Mimit, Sai, GAidil, Zaim, Haz, Sarun

MOTM: Amil

ilustrasi gol by tbspundit: (courtesy of yunited)
BOMBA 1 - SPA 1
1st half jaringan by tbs10



BOMBA 1 - SPA 2
2nd half jaringan by tbs5



BOMBA 1 - SPA 3
2nd half jaringan by tbs11



TAHNIAH ATAS MERAIH KEMENANGAN

BERJAYAKAH TBS MENERUSKAN KEMENANGAN??

Petang nanti pasukan TBS akan meneruskan perlawanan persahabatan bolasepak menentang pasukan BOMBA di PADANG BOMBA, BERAKAS pukul 4:30 PETANG. Diharapkan permainan dalam perlawanan kemenangan 15hb Jun yang lalu akan dapat memberikan suntikan semangat untuk perlawanan yang akan diadakan hari ini SABTU, 19HB JUN 2010. Sehubungan itu sekali lagi pengurusan tbs mengharapkan kehadiran dan komitmen dari pemain-pemainnya dan penyokong setianya untuk sama-sama hadir meramai-ramaikan memberi sokongan dalam perlawanan tersebut. SELAMAT MAJU JAYA PASUKAN TBS....

dikongsikan info semasa

Jumaat, Jun 18, 2010

Pasukan BPL/BPU pertahankan JUARA

Pagi tadi Pasukan BPL / BPU telah menjuarai Kejohanan Futsal Antara Bahagian-Bahagian sekaligus sebagai JUARA BERTAHAN bagi tahun 2010. Ditempat kedua ialah dari pasukan BSS / BTM diikuti pasukan BMM / BTT / BI yang menduduki tempat ketiga dan manakala tempat tercorot keempat pasukan BPK / LDP. Hadiah-hadiah dan penyerahan Piala Pusingan disampaikan sebaik sahaja perlawanan terakhir tamat. Pengendali Kejohanan mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan kejohanan tersebut dan kepada semua pemain juga diberikan penghargaan atas penglibatan menyertai pasukan masing-masing. Akan berjumpa lagi di Kejohanan Futsal Antara Bahagian-Bahagian yang akan datang serta maju acara sukan Pasukan TBS.

Khamis, Jun 17, 2010

Road to Piala Futsal ABB

PREBIU

Kemeriahan bahang Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan terasa udah damamnya disana sini begitu juga dengan kemeriahan Piala Futsal Antara Bahagian-Bahagian yang akan diadakan esuk HARI JUMAAT, 18 JUN 2010 di DEWAN HANGER JKR pukul 7.30 PAGI HINGGA 11 PAGI. Kejohanan tersebut menyaksikan pertembungan diantara 4 buah pasukan yang akan merebut piala pusingan yang berselutkan Akrilik dalam format secara liga dan juara akan ditentukan kepada pasukan yang menduduki ditangga teratas.

Sejarah JUARA Piala Futsal ABB:
2008 : dijuarai oleh Pasukan BMI
2009 (Jan) : dijuarai oleh Pasukan BSS/BTM
2009 (Nov) : dijuarai oleh Pasukan BPL/BPU
2010 : ???

Senarai Pasukan-Pasukan dan Pemain:
- Pasukan BPL / BPU (juara nov 2009)
- - gemmy,- rinol,- aiyub,- haz,- hadi,- cip,- gfat

- Pasukan BSS / BTM (2nd nov 2009)
- - othman,- abul,- krun,- yun,- daus,- gaidil,- ashy,- dene,- bob,- sarol

- Pasukan BMM / BTT / BI (3rd nov 2009)
- - askme,- garis,- jismi,- ayyub,- ahmin,- suhara,- momin,- aibul,- sarun,- ham

- Pasukan BPK / LDP (4th nov 2009)
- - hyrul,- gbash,- zaim,- mimit,- zul,- sai,- amil,- ggaz

Jadual Perlawanan dan Program:
Kehadiran Pemain pukul 7.00pg-7.30pg
G1. BPL/BPU vs BMM/BTT/BI pukul 7.45pg
G2. BPK/LDP vs BSS/BTM pukul 8.00pg
G3. BPL/BPU vs BPK/LDP pukul 8.20pg
G4. BMM/BTT/BI vs BSS/BTM pukul 8.35pg
G5. BMM/BTT/BI vs BPK/LDP pukul 8.55pg
G6. BSS/BTM vs BPL/BPU pukul 9.10pg
G7. BMM/BTT/BI vs BPL/BPU pukul 9.30pg
G8. BSS/BTM vs BPK/LDP pukul 9.45pg
G9. BPK/LDP vs BPL/BPU pukul 10.05pg
G10. BSS/BTM vs BMM/BTT/BI pukul 10.20pg
G11. BPL/BPU vs BSS/BTM pukul 10.40pg
G12. BPK/LDP vs BMM/BTT/BI pukul 10.55pg
Penyampaian Hadiah

Pengendali Kejohanan memohonkan kerjasama semua pemain supaya akan dapat hadir lebih awal 30 minit sebelum perlawanan berlangsung agar setiap perlawanan yang telah dijadualkan dapat dijalankan tepat pada masanya dan juga melancarkan lagi acara berkenaan dan akhirnya diucapkan SELAMAT BERTANDING!!!

Selasa, Jun 15, 2010

skuad tbs BANGKIT dahagakan Kemenangan..


POS : 2
TBS : 8
- (1st half - 1:4) GAris(2), GGaz, Hayrul
- (2nd half - 1:4) Yun, Sarun(2), Zul

Frenly Match - 15 Jun - Padang Menglait 'B' - Kick Off: 4.45pm


Line-up: zul, sai, zaim, hamri, ayyub, hyrul, yun, cip, dene, ggaz, garis, mimit, rinol, bob, haz, sarun, gbaim








SYABAS!!! dan TAHNIAH!!!

Isnin, Jun 14, 2010

PENCARIAN KEMENANGAN DITERUSKAN

Demam bola sepak Piala Dunia 2010 di South Africa telah bermula kehangatannya pada 11 Jun yang lalu namun demam meraih kemenangan pasukan tbs masih dirasai panasnya hingga kini. Setelah berjaya seri terikat tanpa jaringan di perlawanan yang lalu, pasukan tbs esuk SELASA 15HB JUN akan meneruskan lagi misi untuk mencari kemenangannya dalam perlawanan pasukan tbs dengan pasukan Pos di PADANG MENGLAIT GADONG pada PUKUL 4.30 PETANG. Sekali lagi pengurusan tbs menyeru kepada semua pemain akan terus bersemangat memberikan komitmen sepenuhnya esuk disamping bersatu secara berpasukan untuk memberikan tentangan sengit kepada pihak lawan.

Dalam kesempatan ini kepada para peminat dan penyokong tbs adalah dialu-alukan untuk beramai-ramai hadir memberikan sokongan kepada pasukan tbs dalam perlawanan tersebut demi meraih kejayaan yang diinginkan oleh pasukan kitani.

dikongsikan info bersama

Rabu, Jun 09, 2010

Futsal Antara Bahagian DITUNDA

Kepada semua peserta Kejohanan Futsal Antara Bahagian-Bahagian yang akan bertanding pada hari Jumaat ini, 11hb Jun 2010 pukul 7.00 pagi hingga 11.00 pagi di Dewan Hanger JKR Berakas supaya akan dapat mengambil maklum bahawa perlawanan tersebut adalah DITUNDA kepada tarikh perlawanan yang baru iaitu pada HARI JUMAAT, 18HB JUN 2010 manakala jam dan tempat masih sama tidak berubah. Adapun perubahan tersebut berlaku di saat-saat akhir adalah disebabkan oleh kecuaian dan kurang bertanggungjawab dari pihak yang tertentu. Pengurusan tbs ingin memohon maaf atas perubahan tarikh dan berharap pada perlawanan yang akan berlangsung 18hb Jun nanti akan tetap sama sambutannya. Sekian Harap Maklum...

Isnin, Jun 07, 2010

HARI INI: TARIKH TERAKHIR MENGEMBALIKAN BORANG FUTSAL


berakas-
di sidang media yang diadakan, pengurusan tbs (selaku pengendali Kejohanan Futsal Antara Bahagian-Bahagian akan diadakan Jumaat ini 11hb Jun 2010 bertempat di Dewan Hanger JKR Berakas dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi) mengingatkan bahawa hari ini ISNIN, 7HB JUN ADALAH TARIKH TERAKHIR bagi pasukan-pasukan menghantar borang penyertaan untuk menyertai kejohanan tersebut. Dalam peringatan tersebut tercatat bahawa mana-mana pemain dan pasukan yang tidak berdaftar selepas dari tarikh yang telah ditetapkan iaitu hari ini akan tidak dilayan dan tidak dipertimbangkan untuk menyertai. Oleh itu pemain dan pasukan tersebut telah dikira menarik diri dan terkeluar dari penyertaannya.

Dipahamkan sebanyak 4 pasukan akan menyertai dalam pertandingan itu bagi merebut Piala Pusingan yang ketika ini disandang oleh pasukan BPL/BPU selaku Juara Kejohanan Futsal Antara Bahagian-Bahagian 2009.

Sabtu, Jun 05, 2010

TBS TERIKAT TANPA JARINGAN


TBS
( 0 )
KHELNP XI ( 0 )
- Padang Kebajikan Berakas - kick off: 5 pm

pemain:
1.Zul, 21.Zaim, 12.Rinol, 16.Bob, 8.Ayyub, 57.Haz, 31.Yun, 23.Dene, 14.GBash, 29.GGaz, 5.Sarun.
subs:
6.Ham (sub for 16), 32.GAidil (sub for 14), 15.GHaris (sub for 29).


Setelah menerima kekalahan teruk 0-8 bulan lepas, petang tadi pasukan kitani berjaya terikat jaringan 0-0 dengan pasukan KHELNP XI. Kedua-dua pasukan mempamerkan saingan hebat untuk mendapatkan jaringan awal namun akhirnya hanya mampu memperolehi keputusan seri.

Pasukan TBS dalam perlawanan ini menginginkan kemenangan yang didahagakan selama ini untuk mengembalikan semangat para pemain-pemainnya dan kepercayaan penyokong setia tbs-ians setelah menerima temparan hebat dengan kekalahan 5 perlawanan yang lalu. Namun terpaksa akur jua walaupun pasukan tbs mempunyai peluang untuk meraih kemenangan.

TAHNIAH diucapkan kepada pemain yang telah berusaha menyahut cabaran kemenangan tetapi gagal diatas mempamerkan permainan yang saimbang dan teratur. Diharapkan akan terus menerus kekal berpasukan dalam permainan untuk berjaya mencapai apa yang dihajati dan keinginan pasukan. Semangat dan sokongan dikalangan semua pemain adalah sangat-sangat dihargai untuk perlawanan seterusnya yang akan diadakan pada Hari Selasa, 15 Jun 2010 selepas waktu bekerja menentang pasukan Pos di Padang Menglait Gadong.

berikut adalah aksi-aksi perlawanan yang sempat dirakamkan..enjoys d pics....(soe kualiti kurg muaskn)
commited to the game..awal dtg..gud gud..

warmup kn bdn dlu b4 main


lets da game begins....pheweettt...











bgitulah aksi ddlm pdg..
mnakala bginilah aksi dluar pdg...
talatah peminat, penyokong, pemain subs yg sabar menanti....

berahirnya separuh masa pertama..
..tbs kosong...
...khelnp XI kosong...

pemain yang akan meninggalkan pasukan tbs buat seketika untuk dhantar latihan entinsip ke negara kanggaroo

sementara menantikn babak kedua bermula

ampir kepanghujung perlawanan

msh menntikn gol kemenangan namun...
..terus menungu...
...msh alum lg beganjak....
..ahirnya wisil penamat..seri tanpa jaringan...
skaligus menolak karma 5 strit gems kalah sja SELAMAT MAJU JAYA PASUKAN TBS!!!....


Khamis, Jun 03, 2010

TBS DAHAGAKAN KEMENANGAN

Berakas- pasukan tbs akan meneruskan perlawanan bola sepak persahabatan menentang pasukan KHELNP yang akan berlangsung pada 5hb Jun 2010, hari Sabtu pukul 4.30 petang di Padang Kebajikan Kompleks Belia dan Sukan Berakas. Pengurusan tbs ketika dihubungi menyeru kepada para pemain akan terus memberikan komitmen sepenuhnya disamping memberi tentangan sengit kepada pihak lawan nanti.

Difahamkan fokus utama pengurusan tbs adalah untuk memperbaiki dan memantapkan lagi mutu permainan pasukan tbs dan seterusnya dapat membuahkan hasil kemenangan yang sangat-sangat diharapkan setelah menerima kekalahan lima (5) perlawanan berturut-turut sebelumnya.

Dalam hal itu para peminat dan penyokong tbs adalah dialu-alukan untuk sama-sama hadir memberikan sokongan kepada pasukan tbs dalam perlawanan tersebut demi kejayaan pasukan yang sangat diidam-idamkan.

info semasa