WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Khamis, Jun 03, 2010

TBS DAHAGAKAN KEMENANGAN

Berakas- pasukan tbs akan meneruskan perlawanan bola sepak persahabatan menentang pasukan KHELNP yang akan berlangsung pada 5hb Jun 2010, hari Sabtu pukul 4.30 petang di Padang Kebajikan Kompleks Belia dan Sukan Berakas. Pengurusan tbs ketika dihubungi menyeru kepada para pemain akan terus memberikan komitmen sepenuhnya disamping memberi tentangan sengit kepada pihak lawan nanti.

Difahamkan fokus utama pengurusan tbs adalah untuk memperbaiki dan memantapkan lagi mutu permainan pasukan tbs dan seterusnya dapat membuahkan hasil kemenangan yang sangat-sangat diharapkan setelah menerima kekalahan lima (5) perlawanan berturut-turut sebelumnya.

Dalam hal itu para peminat dan penyokong tbs adalah dialu-alukan untuk sama-sama hadir memberikan sokongan kepada pasukan tbs dalam perlawanan tersebut demi kejayaan pasukan yang sangat diidam-idamkan.

info semasa

Tiada ulasan: