WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Jumaat, Jun 18, 2010

Pasukan BPL/BPU pertahankan JUARA

Pagi tadi Pasukan BPL / BPU telah menjuarai Kejohanan Futsal Antara Bahagian-Bahagian sekaligus sebagai JUARA BERTAHAN bagi tahun 2010. Ditempat kedua ialah dari pasukan BSS / BTM diikuti pasukan BMM / BTT / BI yang menduduki tempat ketiga dan manakala tempat tercorot keempat pasukan BPK / LDP. Hadiah-hadiah dan penyerahan Piala Pusingan disampaikan sebaik sahaja perlawanan terakhir tamat. Pengendali Kejohanan mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan kejohanan tersebut dan kepada semua pemain juga diberikan penghargaan atas penglibatan menyertai pasukan masing-masing. Akan berjumpa lagi di Kejohanan Futsal Antara Bahagian-Bahagian yang akan datang serta maju acara sukan Pasukan TBS.

Tiada ulasan: