WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Isnin, Jun 14, 2010

PENCARIAN KEMENANGAN DITERUSKAN

Demam bola sepak Piala Dunia 2010 di South Africa telah bermula kehangatannya pada 11 Jun yang lalu namun demam meraih kemenangan pasukan tbs masih dirasai panasnya hingga kini. Setelah berjaya seri terikat tanpa jaringan di perlawanan yang lalu, pasukan tbs esuk SELASA 15HB JUN akan meneruskan lagi misi untuk mencari kemenangannya dalam perlawanan pasukan tbs dengan pasukan Pos di PADANG MENGLAIT GADONG pada PUKUL 4.30 PETANG. Sekali lagi pengurusan tbs menyeru kepada semua pemain akan terus bersemangat memberikan komitmen sepenuhnya esuk disamping bersatu secara berpasukan untuk memberikan tentangan sengit kepada pihak lawan.

Dalam kesempatan ini kepada para peminat dan penyokong tbs adalah dialu-alukan untuk beramai-ramai hadir memberikan sokongan kepada pasukan tbs dalam perlawanan tersebut demi meraih kejayaan yang diinginkan oleh pasukan kitani.

dikongsikan info bersama

Tiada ulasan: