TBS ( 0 )
KHELNP XI ( 0 )
- Padang Kebajikan Berakas - kick off: 5 pm
pemain:
1.Zul, 21.Zaim, 12.Rinol, 16.Bob, 8.Ayyub, 57.Haz, 31.Yun, 23.Dene, 14.GBash, 29.GGaz, 5.Sarun.
subs:
6.Ham (sub for 16), 32.GAidil (sub for 14), 15.GHaris (sub for 29).
Setelah menerima kekalahan teruk 0-8 bulan lepas, petang tadi pasukan kitani berjaya terikat jaringan 0-0 dengan pasukan KHELNP XI. Kedua-dua pasukan mempamerkan saingan hebat untuk mendapatkan jaringan awal namun akhirnya hanya mampu memperolehi keputusan seri.
Pasukan TBS dalam perlawanan ini menginginkan kemenangan yang didahagakan selama ini untuk mengembalikan semangat para pemain-pemainnya dan kepercayaan penyokong setia tbs-ians setelah menerima temparan hebat dengan kekalahan 5 perlawanan yang lalu. Namun terpaksa akur jua walaupun pasukan tbs mempunyai peluang untuk meraih kemenangan.
TAHNIAH diucapkan kepada pemain yang telah berusaha menyahut cabaran kemenangan tetapi gagal diatas mempamerkan permainan yang saimbang dan teratur. Diharapkan akan terus menerus kekal berpasukan dalam permainan untuk berjaya mencapai apa yang dihajati dan keinginan pasukan. Semangat dan sokongan dikalangan semua pemain adalah sangat-sangat dihargai untuk perlawanan seterusnya yang akan diadakan pada Hari Selasa, 15 Jun 2010 selepas waktu bekerja menentang pasukan Pos di Padang Menglait Gadong.
berikut adalah aksi-aksi perlawanan yang sempat dirakamkan..enjoys d pics....(soe kualiti kurg muaskn)













Tiada ulasan:
Catat Ulasan