WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Isnin, April 25, 2011

Liputan Ringkas : SPA MENGGONDOL KEJOHANAN FUTSAL JPM 2011

Suasana Dewan MPH sebelum bermulanya peringkat akhir kejohanan futsal JPM 2011 dengan kehadiran para AJK kejohanan
Guest of Honour di bilik VIP




Para pemain & pengadil berbaris masuk ke dalam gelanggang, didahului oleh pembawa 2 Piala Pusingan..




Goh diperkenalkan kepada pemain-pemain & pengadil.. Gambar adalah sesi perkenalan antara GOH dengan pasukan SPA dalam Kategori Khas..




Sesi perkenalan antara GOH dengan pasukan SPA 'B' dalam Kategori Terbuka..



Antara penyokong-penyokong fanatik bagi pasukan SPA..


Pasukan SPA dari Kategori Khas masuk gelanggang bagi perlawanan akhir menentang pasukan RTB 'A'..


Sesi bergambar dari Pasukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum perlawanan dimulakan..


Sesi bergambar Pasukan dari Radio Televisyen Brunei 'A' sebelum perlawanan dimulakan..

Gelagat-gelagat dan kemeriahan penyokong-penyokong fanatik SPA setelah pasukan SPA beroleh jaringan..

Pasukan serta penyokong-penyokong meraikan kemenangan apabila berjaya menumpaskan pasukan RTB 'A' dengan jaringan 3-2 selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 sehingga ke akhir perlawanan.. Namun kedudukan berubah apabila diakhiri dengan sepakan penalti yang berpihak kepada pasukan SPA.. Syabas & Tahniah!


Pasukan SPA 'B' dari Kategori Terbuka masuk gelanggang bagi menyahut cabaran di perlawanan akhir menentang pasukan dari KDN 'A'


Sesi bergambar Pasukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 'B' sebelum perlawanan akhir dimulakan..


Sesi bergambar Pasukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri 'A' sebelum perlawanan akhir dimulakan


Gelagat-gelagat penyokong SPA dengan berbagai-bagai gaya dan corak yang memberi sokongan padu kepada perlawanan akhir antara SPA 'B' dengan KDN 'A' yang mana diketuai oleh Haji Lipahhhhhhhhh....


antara gelagat penyokong setelah SPA 'B' berjaya menjaringkan gol penyamaan..itu dia Awang Haji Rosli....


Pasukan SPA B setelah meraikan kemenangan sekaligus bergelar Juara bagi Kategori Terbuka setelah berjaya menumpaskan pasukan KDN 'A' dengan jaringan 3-2 setelah kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 sehingga ke akhir perlawanan. Namun kedudukan berubah setelah diakhir dengan sepakan penalti yang berpihak kepada pasukan SPA 'B'..Syabas & Tahniah!

gelagat-gelagat penyokong setelah menyaksikan kedua-dua perlawanan akhir kategori khas dan terbuka, dengan kemeriahan & kegembiraan yang tak terkata..Hj Lipah jua semangat kesukanan hahaha..


Anugerah Gol Keeper terbaik dalam Kategori Khas disandang oleh Awg Hj Abd. Aji bin Hj Ahmad dari pasukan SPA.. Tahniah BOL!


Anugerah Pemain Terbaik dalam Kategori Khas disandang oleh Awg Mohammad Rouhan bin Hj Hassan dari Pasukan SPA... Tahniah CHIP!


Anugerah Penjaga Gol Terbaik dalam Kategori Terbuka disandang oleh Awg Mohd Firdaus Mui'nuddin Syah bin Hj Mustafa dari pasukan SPA 'B'.. Tahniah MET!


Piala Pusingan sumbangan Dato Paduka Hj Abu Bakar bin Hj Sapar bagi Kategori Khas diberikan kepada ketua pasukan SPA - Awg Salminan


JUARA bagi Kategori Khas dimenangi oleh pasukan SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM.. TAHNIAH & SYABASSSSSS


Piala Pusingan sumbangan Pg Dato Paduka Hj Maidin bin Pg Hj Hashim bagi Kategori Terbuka diberikan kepada ketua pasukan SPA 'B' - Awg Hj Haris


JUARA bagi Kategori Terbuka disandang oleh pasukan SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM 'B'.. TAHNIAH & SYABASSSSSS


Kegembiraan dan kemeriahan malam peringkat akhir setelah kedua-dua pasukan SPA berjaya menggondol kejohanan futsal JPM 2011 sekaligus bergelar JUARA!


Sesi gambar kedua-dua pasukan SPA bersama piala


free style...WE ARE THE CHAMPION! ... Buli baa kalaw kaw SPA! haha..

Ahad, April 24, 2011

PSC/SPA teams CHAMPION on Sunday's Borneo Bulletin

TAHNIAH diucapkan kepada pasukan SPA dalam kategori khas dan SPA 'B' dalam kategori terbuka kerana merangkul dan membawa balik kedua2 piala pusingan & iringan sekaligus bergelar JUARA KEJOHANAN FUTSAL JPM 2011..hep hep horrreeeyyyyyy!

Sabtu, April 23, 2011

SPA menjuarai keseluruhan Kejohanan Futsal


Pasukan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merangkul keseluruhan dengan menjuarai Kejohanan Futsal Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di Bawahnya bagi tahun 2011 apabila memenangi kedua-dua kategori yang telah dipertandingkan dengan mengondoli perlawanan akhir bagi Kategori Terbuka dan Khas yang berlangsung malam ani di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.


Dalam perlawanan akhir Kategori Khas pasukan SPA berjaya menewaskan pasukan RTB 'A' dengan jaringan 3-2 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat jaringan 1-1 sehingga ke wisil penamat.


Sementara itu di dalam perlawanan akhir Kategori Terbuka, pasukan SPA 'B' melengkapkan penguasaan SPA di kejohanan tahun ani setelah dengan jayanya menyingkirkan Pasukan KDN 'A' yang berkesudahan dengan jaringan 3-2 melalui sepakan penalti juga selepas keduanya juga terikat ke wisil penamat dengan jaringan 1-1.


Namun kedua-dua pasukan merupakan jaguh sepakan penalti sekaligus telah berpihak kepada pasukan SPA yang lebih tangkas untuk dibolosi gawang pasukan masing-masing.


SYABAS!!! dan TAHNIAH!!! kepada pasukan SPA dan pasukan SPA ‘B’ kerna telah menjuarai keseluruhan Kejohanan Futsal JPM tahun ani. Selain atu SPA juga membolot anugerah-anugerah seperti Pemain Terbaik Kategori Khas diberikan kepada si Cip dan Penjaga Gol Terbaik Kategori Khas pula diberikan kepada Awang Hj Abul. Manakala Penjaga Gol Terbaik Kategori Terbuka milik si Mimit.

MAJU SPA!!! MAJU TBS!!!!.....

Khamis, April 14, 2011

TIMBULASPA revealed jersi baru 2011

setelah sekian lama menanti kini terungkailah sudah apabila jersi baru TBS yg digelar baju superia diistiharkan bagi pengunaannya musim bolasepak bermula tahun 2011 ani. dalam sidang media yang berlangsung di bangunan ibu pejabat pasukan berkenaan menyatakan bahawa baju tersebut akan mula digunakan dalam perlawanan akhir kejohanan futsal jpm nanti. diharap semoga dengan adanya baju baru atu nanti akan dapat membuahkan hasil kepada pasukan timbulaspa dengan kejayaan akan diraih berpanjangan seperti slogan yang diserapkan dalam baju atu 'Komitmen Diberi TBS Dihargai'


penyerahan baju baru 'SUPERIA' akan diadakan pada 20 April ani.


Jumaat, April 08, 2011

Kejohanan Futsal JPM 2011 - Kategori Khas

Pasukan-pasukan yang menyertai dalam Kategori Khas bagi KUMPULAN A :


SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI
JABATAN PERDANA MENTERI 'B' (MARITIM)


JABATAN KEHAKIMAN NEGARA
JABATAN PENERANGAN
RADIO TELEVISYEN BRUNEI 'B'


Jadual dan keputusan perlawanan di Peringkat Kumpulan bagi Kategori Khas Kumpulan A yang berlangsung pada pagi jumaat 8 April 2011---------------------------------------------------------------------------------
Pasukan-pasukan yang menyertai dalam Kategori Khas bagi KUMPULAN B :


JABATAN PERDANA MENTERI 'A'
JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK
BIRO MENCEGAH RASUAH
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
RADIO TELEVISYEN BRUNEI 'A'



Jadual dan perlawanan di Peringkat Kumpulan bagi Kategori Khas Kumpulan B yang berlangsung pada petang jumaat 8 April 2011
----------------------------------------------------------------------------------
Dalam peringkat kumpulan, Juara bagi kumpulan A adalah dari pasukan JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI, manakala Naib Juara disandang oleh SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM.

Bagi kumpulan B pula, Juara disandang oleh BIRO MENCEGAH RASUAH, manakala naib juara disandang oleh RADIO TELEVISYEN BRUNEI 'A'.

Di Peringkat Separuh Akhir, Juara Kumpulan A (JPKE) akan menentang Naib Juara Kumpulan B (RTB 'A'), manakala Juara Kumpulan B (BMR) akan menentang Naib Juara Kumpulan A (SPA pada malam Jumaat 8 April 2011. Keputusan perlawanan bagi Peringkat Separuh Akhir serta merebut tempat ketiga adalah seperti berikut:

merebut di tempat ketiga...
Dalam keputusan di Peringkat Separuh Akhir, RTB 'A' dan SPA layak ke Peringkat Akhir (Final) yang mana akan berlangsung pada 23 April nanti di Dewan MPH. Sekian untuk liputan timbulaspa news...

Rabu, April 06, 2011

Futsal JPM 2011 dibuka tirainya

Sebanyak 17 buah jabatan sertai Kejohanan Futsal Jabatan Perdana Menteri bagi tahun 2011.

Tirai Kejohanan Futsal JPM dan jabatan dibawahnya tahun 2011 bermula hari ani di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Pejabat SPA telah diberi mandat dalam menganjurkan kejohanan yang berprestij didalam aktiviti sukan JPM yang dijangka akan berakhir pada 23hb April.

Acara pembukaan Kejohanan malam ani telah dirasmikan sendiri oleh Pemangku Setiausaha SPA, Awang Salminan bin Haji Burut yang juga selaku Tetamu Kehormat.

Sebanyak dua kategori telah dipertandingkan dengan penyertaan sebanyak 35 buah pasukan akan bersaing iaitu Kategori Terbuka sebanyak 24 pasukan dan 11 buah pasukan bakal berentap dalam Kategori Khas.

Dalam perlawanan kumpulan pembukaan malam tadi, pasukan JPM 'A' terikat seri 1-1 dengan pasukan Jabatan Perkhidmatan Awam dalam saingan Kategori Khas manakala pasukan Jabatan Penerangan 'A' hanya mampu berkongsi mata dengan pasukan Radio Televisyen Brunei 'B' setelah berakhir tanpa jaringan.

Akhirnya diucapkan semoga maju jaya khususnya kepada pasukan-pasukan SPA dan kepada semuanya dilaungkan SELAMAT BERTANDING!!!!!

Jumaat, April 01, 2011

Menang Terus!

Petang tadi pasukan kitani meneruskan kemenangannya dalam perlawanan persahabatan bagi musim ini dan berikut adalah keputusannya.....

Pendidikan (1)
SUPERIA (2) - Ayyub(2)

Hari Jumaat - 01hb April 2011
Padang SMSAB, Lambak Kanan
Kick-off 4.30 petang

pemain: Askme, Cip, Rinol, GGaz, Zaim, Hamri, Ayyub, Zulhazmi, Sai, Ajin(ex), Haz(ex)