WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Sabtu, April 23, 2011

SPA menjuarai keseluruhan Kejohanan Futsal


Pasukan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merangkul keseluruhan dengan menjuarai Kejohanan Futsal Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di Bawahnya bagi tahun 2011 apabila memenangi kedua-dua kategori yang telah dipertandingkan dengan mengondoli perlawanan akhir bagi Kategori Terbuka dan Khas yang berlangsung malam ani di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.


Dalam perlawanan akhir Kategori Khas pasukan SPA berjaya menewaskan pasukan RTB 'A' dengan jaringan 3-2 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat jaringan 1-1 sehingga ke wisil penamat.


Sementara itu di dalam perlawanan akhir Kategori Terbuka, pasukan SPA 'B' melengkapkan penguasaan SPA di kejohanan tahun ani setelah dengan jayanya menyingkirkan Pasukan KDN 'A' yang berkesudahan dengan jaringan 3-2 melalui sepakan penalti juga selepas keduanya juga terikat ke wisil penamat dengan jaringan 1-1.


Namun kedua-dua pasukan merupakan jaguh sepakan penalti sekaligus telah berpihak kepada pasukan SPA yang lebih tangkas untuk dibolosi gawang pasukan masing-masing.


SYABAS!!! dan TAHNIAH!!! kepada pasukan SPA dan pasukan SPA ‘B’ kerna telah menjuarai keseluruhan Kejohanan Futsal JPM tahun ani. Selain atu SPA juga membolot anugerah-anugerah seperti Pemain Terbaik Kategori Khas diberikan kepada si Cip dan Penjaga Gol Terbaik Kategori Khas pula diberikan kepada Awang Hj Abul. Manakala Penjaga Gol Terbaik Kategori Terbuka milik si Mimit.

MAJU SPA!!! MAJU TBS!!!!.....

Tiada ulasan: