WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Rabu, April 06, 2011

Futsal JPM 2011 dibuka tirainya

Sebanyak 17 buah jabatan sertai Kejohanan Futsal Jabatan Perdana Menteri bagi tahun 2011.

Tirai Kejohanan Futsal JPM dan jabatan dibawahnya tahun 2011 bermula hari ani di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Pejabat SPA telah diberi mandat dalam menganjurkan kejohanan yang berprestij didalam aktiviti sukan JPM yang dijangka akan berakhir pada 23hb April.

Acara pembukaan Kejohanan malam ani telah dirasmikan sendiri oleh Pemangku Setiausaha SPA, Awang Salminan bin Haji Burut yang juga selaku Tetamu Kehormat.

Sebanyak dua kategori telah dipertandingkan dengan penyertaan sebanyak 35 buah pasukan akan bersaing iaitu Kategori Terbuka sebanyak 24 pasukan dan 11 buah pasukan bakal berentap dalam Kategori Khas.

Dalam perlawanan kumpulan pembukaan malam tadi, pasukan JPM 'A' terikat seri 1-1 dengan pasukan Jabatan Perkhidmatan Awam dalam saingan Kategori Khas manakala pasukan Jabatan Penerangan 'A' hanya mampu berkongsi mata dengan pasukan Radio Televisyen Brunei 'B' setelah berakhir tanpa jaringan.

Akhirnya diucapkan semoga maju jaya khususnya kepada pasukan-pasukan SPA dan kepada semuanya dilaungkan SELAMAT BERTANDING!!!!!

Tiada ulasan: