WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Sabtu, Mac 26, 2011

Kemenangan Selesa

Petang tadi pasukan bolasepak kitani SUPERIA telah mendapatkan kemenangan pabila berjaya menewaskan pasukan JJ di Padang Menglait. Pasukan SUPERIA hampir menguasai perlawanan dengan mendahului jaringan di babak masa pertama 2-0 dan seterusnya melengkapkan keputusan 4-2 sekaligus meraih kemenangannya yang ke dua.

SUPERIA ( 4 )
; Hyrul, Syafiq, Ayyub(2)
JJ ( 2 )

sabtu, 26/3/2011, padang menglait b gadong


tahniah kepada pasukan superia!!

Rabu, Mac 16, 2011

Kecundang lagi

petang tadi pasukan bolasepak superia meneruskan perlawanan persahabatan keempatnya tahun ini di padang kebajikan dengan mengalami kekalahan yang ke tiga. berikut adalah catatan perlawanan tersebut:-

SUPERIA (3) ; Hyrul, Sarun, AyubTakong
Kewangan (6)
hari Rabu, 16 Mac 2011, Padang Kebajikan Berakas

pemain: Askme, Zainal, Hyrul, Cip, Rinol, GGaz, Sarun, AyubTahir, Zaim, Hamri, AyubTakong, Ahmin, AngMoamat(bekas spa players)

Isnin, Mac 14, 2011

HIGHLIGHT: Perlawanan futsal SPA Masters 2011

BPK/LDP mendominasi Perlawanan Futsal dan merebut Piala Futsal Pejabat SPA

Pasukan futsal BPK / LDP berjaya mendominasi Perlawanan Futsal Antara Bahagian-Bahagian bagi merebut Piala Pusingan Futsal SPA selepas berjaya menguasai kesemua perlawanan tanpa sebarang kekalahan dengan menundukkan 3 pasukan dalam perlawanan timbal-balik yang diadakan di Dewan Hanger Kompleks Sukan JKR, Berakas.

Tempat kedua disandang oleh bekas juara tahun lepas dan juga satu-satunya pasukan yang menjuarai dua tahun berturut-turut iaitu pasukan futsal BPL / BPU. Manakala tempat ketiga ialah juara pertama piala futsal spa iaitu pasukan BMM / BTT / BIKL dan kedudukan keempat juara piala futsal thun 2009 iaitu pasukan BSS.

Hadir bermain dan seterusnya menyampaikan piala pusingan futsal dan hadiah-hadiah kepada pemenang perlawanan futsal antara bahagian-bahagian ialah pmk. suspa dan pegawai-pegawai kanan. Hadiah-hadiah utama individu berupa sebatang payung, sejenis pengharum katiak dan hand carry bag berjanama Avon yang telah disumbangkan oleh AliOsman untuk pemenang tempat pertama hingga ketiga. Manakala keseluruhan pemain menerima hadiah berupa sekutak migi dan minuman kotak sebagai penghargaan menyertai perlawanan futsal.

berikut adalah beberapa paparan aksi-aksi dan galagat serta kemeriahan semasa perlawanan futsal tersebut. selamat menikmati dan maliat tah...

nampak keceriaan tapampang sebelum perlawanan dimulakan..




penjaga masa yg menunaikan peranannya dgn baik..
beberapa slot-slot yang dikatakan perlawanan yang tegang diantara BMM/BTT/BIKL vs BPK/LDP:



saat-saat getir pengurus/pemerhati pasukan BMM/BTT/BIKL menantikan jaringan diperolehi..
talatah keriangan pasukan BPK/LDP sakatika menjaringkan gol mendahului..


persediaan sebelum sepak mula dgn ikatan yg rapi dgn..

ketika memerhatikan tektik pihak lawan dgn gaya yg tersendiri..
perlawanan yg kurang hebatnya pasukan BSS vs BPK/BPU

aksi-aksi dalam gelanggang..


suasana keadaan medan tempur futsal Dewan Hanger Kompleks Sukan JKR..

keputusan yg dinanti-nanti dgn kedudukan..
penyampaian hadiah-hadiah ditempat ke-3, ke-2 dan juara..


piala dijulang kejuaraan dirai..
perebutan piala pusingan futsal spa yg menjadi kebanggaan..



maju sukan untuk spa...

Ahad, Mac 13, 2011

pasukan futsal BPK/LDP JUARA!

Ahad, 13 Mac 2011. petang tadi, empat pasukan berentap di Perlawanan Futsal Riadah antara bahagian-bahagian pejabat SPA edisi Mac 2011 kendalian BPK/LDP yang berlangsung di Dewan Hanger Kompleks JKR Berakas. Di dalam perlawanan tersebut, pasukan futsal dari Bahagian BPK/LDP telahpun menjuarai Piala Pusingan sekaligus mencatat rekod bagi pertama kalinya menjuarai kejohanan futsal riadah yang diadakan setiap tahun dan merebut piala tersebut dan memegang rekod tanpa kalah di dalam perlawanan petang tadi. TAHNIAH diucapkan kepada pasukan futsal BPK/LDP. Berikut adalah keputusan perlawanan liga Futsal Riadah SPA 2011.


Dibawah ini adalah keputusan keseluruhan mata yang diperolehi setiap bahagian di dalam perlawanan petang tadi.


Table di bawah ini adalah senarai penjaring sepanjang perlawanan.


Juara : BPK/LDP


Naib Juara : BPL/BPU Ketiga : BMM/BTT/BIKL Keempat : BSS BPK/LDP JUARA FUTSAL RIADAH 2011 pasukan the blue samurai

SYABAS diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan atas penglibatan menyertai kejohanan tersebut dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemain-pemain, penyumbang hadiah-hadiah yang menarik dan memuaskan hati, individu-individu yang membawa berbagai jenis makanan dan minuman, volunteers-volunteers serta orang ramai yang sama-sama hadir menyaksikan kehebatan SPA MASTERS 2011. berjumpa lagi di kejohanan yang akan datang...

Isnin, Mac 07, 2011

Empat pasukan bakal berentap di Perlawanan Futsal antara Bahagian di bawah SPA 2011

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS, Isnin, 07 Mac. - Empat pasukan bakal mewarnai Perlawanan Futsal antara Bahagian di bawah SPA bagi musim 2011 yang akan diadakan pada 13 Mac ini dan mengambil tempat di Dewan Hanger Kompleks Sukan JKR.

Sebagai persiapan awal kepada perlawanan tersebut perjumpaan telah diadakan sebelum ini bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

Beberapa perkara telah disentuh di perjumpaan tersebut bagi peringatan bersama seperti lazimnya yang diterangkan umpamanya peraturan-peraturan perlawanan, format perlawanan, jersi pasukan, di samping penyertaan pegawai dan kakitangan di pejabat ini.

Juga dijelaskan temasuklah mengenai ganjaran hadiah yang bakal dimenangi iaitu menjuarai Piala Pusingan.