WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Isnin, Mac 07, 2011

Empat pasukan bakal berentap di Perlawanan Futsal antara Bahagian di bawah SPA 2011

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS, Isnin, 07 Mac. - Empat pasukan bakal mewarnai Perlawanan Futsal antara Bahagian di bawah SPA bagi musim 2011 yang akan diadakan pada 13 Mac ini dan mengambil tempat di Dewan Hanger Kompleks Sukan JKR.

Sebagai persiapan awal kepada perlawanan tersebut perjumpaan telah diadakan sebelum ini bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

Beberapa perkara telah disentuh di perjumpaan tersebut bagi peringatan bersama seperti lazimnya yang diterangkan umpamanya peraturan-peraturan perlawanan, format perlawanan, jersi pasukan, di samping penyertaan pegawai dan kakitangan di pejabat ini.

Juga dijelaskan temasuklah mengenai ganjaran hadiah yang bakal dimenangi iaitu menjuarai Piala Pusingan.

Tiada ulasan: