WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Ahad, Mac 13, 2011

pasukan futsal BPK/LDP JUARA!

Ahad, 13 Mac 2011. petang tadi, empat pasukan berentap di Perlawanan Futsal Riadah antara bahagian-bahagian pejabat SPA edisi Mac 2011 kendalian BPK/LDP yang berlangsung di Dewan Hanger Kompleks JKR Berakas. Di dalam perlawanan tersebut, pasukan futsal dari Bahagian BPK/LDP telahpun menjuarai Piala Pusingan sekaligus mencatat rekod bagi pertama kalinya menjuarai kejohanan futsal riadah yang diadakan setiap tahun dan merebut piala tersebut dan memegang rekod tanpa kalah di dalam perlawanan petang tadi. TAHNIAH diucapkan kepada pasukan futsal BPK/LDP. Berikut adalah keputusan perlawanan liga Futsal Riadah SPA 2011.


Dibawah ini adalah keputusan keseluruhan mata yang diperolehi setiap bahagian di dalam perlawanan petang tadi.


Table di bawah ini adalah senarai penjaring sepanjang perlawanan.


Juara : BPK/LDP


Naib Juara : BPL/BPU Ketiga : BMM/BTT/BIKL Keempat : BSS BPK/LDP JUARA FUTSAL RIADAH 2011 pasukan the blue samurai

SYABAS diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan atas penglibatan menyertai kejohanan tersebut dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemain-pemain, penyumbang hadiah-hadiah yang menarik dan memuaskan hati, individu-individu yang membawa berbagai jenis makanan dan minuman, volunteers-volunteers serta orang ramai yang sama-sama hadir menyaksikan kehebatan SPA MASTERS 2011. berjumpa lagi di kejohanan yang akan datang...

Tiada ulasan: