WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Sabtu, Julai 31, 2010

TBS bangkit berikan Saingan

SPA ( 5 ) Yun, GGaz(2), Sarun(2)
PERTAHANAN ( 4 )
- Padang Kebajikan Berakas, Kick Off: 4.45pm

pemain-pemain: Mimit, Sai, GAidil, Ham, Amil, Rinol, Yun, Sarun, GGaz, AwgMoamat(pemain jemputan)


Khamis, Julai 29, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN

TIMBULASPA


DENGAN


KEMENTERIAN PERTAHANAN



PADA : 31hb JULAI 2010 (HARI SABTU)


PUKUL : 4.30 PETANG


TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN KEBAJIKAN, BERAKAS



SILA BAWA JERSI BOLA SEPAK SPA WARNA KUNING & BIRU




"komitmen diberi tbs dihargai"



b.p Pengurus tbs

Khamis, Julai 22, 2010

GAME esuk CANCEL

Perlawanan bola sepak persahabatan pasukan timbulaspa yang akan diadakan esuk iaitu hari JUMAAT, 23HB JULAI 2010, PUKUL 4.00 PETANG diantara TBS vs MINDEF(Menjana FC) di PADANG PERTAHANAN BERAKAS adalah DIBATALKAN. Pihak Pengurusan TBS berharap semua pemain akan berterusan memberi komitmen dalam perlawanan yang akan diadakan nanti.

Ahad, Julai 18, 2010

ramalan sotong meLASIT..akhirnya skuad tbs TEWAS hehe

PATANG FC ( 3 )
TBS ( 2) Ayyub(2)
- Padang Kebajikan, Kick Off: 4.45pm


bah pare a.k.a kuntat..sila tah buat cerita & ulasan..c awang ganya pandai tu buat karangan yg bernas hehe..

Sabtu, Julai 17, 2010

JOKES: ramalan cipul da siuntung

kalo musim Piala Dunia FIFA 2010 di South Afrika terkenal dengan ramalan oleh seekor sotong yang terkenal dengan namanya 'Paul the Octopus' dengan meramal keputusan menang dalam beberapa perlawanan besar namun di sebuah tampat ani *namanya dirahsiakan untuk kasalamatan penduduknya dan kasalamatan saikung manatang yang dikenali jua 'cipul da siuntung' yang telah banyak meramal keputusan lurus perlawanan bola sepak iata gnya kapakarannya tu udah atu rombongan pihak pengurusan mangambil kasampatan berjumpa manatang ani dan telah meramalkan pasukan kitani tbs antah manang antah kalah katanya *payah eyh* hehehehe.....

semoga berjaya pasukan tbs kitani meraih kemenangan dalam perlawanan esuk....

TBS mau menyinar dari PATANG

Esuk AHAD, 18HB JULAI 2010, PUKUL 4.00 PETANG - TBS VS XUBDIANS(PATANG FC) di PADANG KEBAJIKAN BERAKAS akan diteruskan bagi perlawanan bola sepak persahabatan pasukan timbulaspa bagi tahun 2010.

Pihak Pengurusan TBS berharap semua pemain akan mengekalkan semangat meraih kemenangan dan juga mengharapkan kehadiran dan komitmen dari pemain-pemainnya dan yang terpenting para penyokong setianya untuk sama-sama hadir esuk bagi meramai-ramaikan untuk memberi sokongan dalam perlawanan tersebut.

MAJU TBS DAN SEMOGA BERJAYA

Khamis, Julai 08, 2010

Perlawanan Esuk DIBATALKAN

Perlawanan Persahabatan yang dijadualkan pada esuk iaitu Hari Jumaat, 09hb Julai 2010, Pukul 4.oo Petang diantara pasukan TBS menentang pasukan MINDEF (Menjana) di Padang Pertahanan Berakas adalah dengan ini DIBATALKAN. Diharapkan semua pemain akan mengambil maklum. Sekian Terima Kasih.

Jumaat, Julai 02, 2010

GOL disaat akhir KECEWAkan TBS

BKN ( 4 )
TBS ( 3 ) Hyrul, GGaz, Rinol
- Padang JKR 'B', Kick Off: 4.45pm

pemain-pemain: Zul, Sai, Rinol, Ham, Ayyub, Hyrul, Yun, GAris, Dene, Sarun, GGaz


disebalik tirai perlawanan ~
Jaringan pasukan BKN disaat-saat kecederaan dalam tambahan masa telah memusnahkan harapan pasukan TBS untuk meraih keputusan seri dalam perlawanan persahabatan petang tadi. Sekaligus melenyapkan harapan pasukan tbs untuk mengekalkan kemenangan ketiganya berturut-turut dalam perlawanan persahabatan. Di separuh masa pertama pasukan tbs telah ketinggalan 0-3 ditangan pasukan bkn yang mana pasukan tbs hanya mampu bermain seramai 8 orang saja. Namun di separuh masa kedua pasukan tbs berjaya bangkit menyamakan jaringan 3-3 tetapi musnah juga akhirnya dengan kekalahan. 2 peluang jaringan terbuka pasukan tbs disia-siakan oleh penyerang kita jika tidak kemenangan pasti berpihak pada kitani namun jangkaan telah 'melasit'. Diharapkan pasukan tbs akan terus bersemangat di perlawanan yang akan datang ini iaitu pada Hari Jumaat 9hb Julai 2010. Ucapan penghargaan dan tahniah tetap pengurusan tbs sampaikan kepada pemain kitani yang telah berhempas pulas bermain abis-abisan petang tadi.

SYABAS.....

Khamis, Julai 01, 2010

PENCARIAN KEMENANGAN MASIH DITEROKAI

Esuk Hari Jumaat, 2HB JULAI 2010 perlawanan bolasepak persahabatan diteruskan dengan perlawanan diantara BKN vs TBS di PADANG JKR ' B ', BERAKAS pada PUKUL 4 PETANG

Diharapkan semua pemain akan mengekalkan semangat perlawanan kemenangan berturut-turut di bulan Jun yang lalu seterusnya sekali lagi pengurusan tbs mengharapkan kehadiran dan komitmen dari pemain-pemainnya dan yang terpenting para penyokong setianya untuk sama-sama hadir meramai-ramaikan memberi sokongan dalam perlawanan tersebut.
SELAMAT MAJU JAYA PASUKAN TBS....