WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Jumaat, Julai 02, 2010

GOL disaat akhir KECEWAkan TBS

BKN ( 4 )
TBS ( 3 ) Hyrul, GGaz, Rinol
- Padang JKR 'B', Kick Off: 4.45pm

pemain-pemain: Zul, Sai, Rinol, Ham, Ayyub, Hyrul, Yun, GAris, Dene, Sarun, GGaz


disebalik tirai perlawanan ~
Jaringan pasukan BKN disaat-saat kecederaan dalam tambahan masa telah memusnahkan harapan pasukan TBS untuk meraih keputusan seri dalam perlawanan persahabatan petang tadi. Sekaligus melenyapkan harapan pasukan tbs untuk mengekalkan kemenangan ketiganya berturut-turut dalam perlawanan persahabatan. Di separuh masa pertama pasukan tbs telah ketinggalan 0-3 ditangan pasukan bkn yang mana pasukan tbs hanya mampu bermain seramai 8 orang saja. Namun di separuh masa kedua pasukan tbs berjaya bangkit menyamakan jaringan 3-3 tetapi musnah juga akhirnya dengan kekalahan. 2 peluang jaringan terbuka pasukan tbs disia-siakan oleh penyerang kita jika tidak kemenangan pasti berpihak pada kitani namun jangkaan telah 'melasit'. Diharapkan pasukan tbs akan terus bersemangat di perlawanan yang akan datang ini iaitu pada Hari Jumaat 9hb Julai 2010. Ucapan penghargaan dan tahniah tetap pengurusan tbs sampaikan kepada pemain kitani yang telah berhempas pulas bermain abis-abisan petang tadi.

SYABAS.....

Tiada ulasan: