WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Sabtu, Februari 19, 2011

SUPERIA beroleh kemenangan yang PERTAMA dalam 2011

SUPERIA (4), Rosmi, Shafiq (2), Hyrul
RIVER ROOT (3)

Hari Sabtu, 19 Februari 2011
Padang Kebajikan, Berakas
Kick off 4:30 petang

Patang tadi, skuad bolasepak SUPERIA menyahut cabaran perlawanan persahabatan kali yang ketiga pada tahun ani menantang pasukan R.R yang dikenali dengan River Root, yang mana skuad kitani telah beroleh kemenangan yang pertama setelah mengalami kekalahan 2 kali berturut sebelum ani. Walaupun skuad ketinggalan di separuh masa pertama dengan jaringan ketinggalan 1-2 hasil jaringan sulung dari pemain bekas iaitu Awg Rosmi, skuad Superia mampu bangkit dengan beroleh kemenangan 4-3 sekaligus meraih kemenangan yang pertama yang diimpi-impikan skuad sebelum ani. Jaringan di separuh masa kedua dijaringkan oleh pemain penyerang skuad Shafiq yang mana beliau mendapat 2 biji gooollll dan jaringan terakhir pula dilangsaikan oleh pemain penyerang/sayap kanan Hyrul di saat masa kecederaan. Syabas & tahniah diucapkan kepada skuad bolasepak Superia dan jutaan terima kasih kepada pemain-pemain skuad bekas spa yang menCover kami di separuh masa pertama disebabkan ada acara keagamaan di pejabat membuatkan pemain-pemain skuad bolasepak Superia akhir datang. inda ku tau apa lagi kan diceritakan hehe...

Jumaat, Februari 11, 2011

TEWAS TIPIS 1-2

SUPERIA (1), sarun
SEWIRA (2)
Hari jumaat, 11 Februari 2011
Padang Menglait A, Gadong
Kick off 4:30 petang
Menglait, gadong, patang tadi, skuad bolasepak Superia menyahut cabaran dari pasukan Sewira yang memakai jersi serba merah. skuad Superia tatap jua menantang dengan semangat berpasukan walaupun kalah gara-gara padang licak yang inda sempurna untuk belusir. perlawanan kelihatan seimbang dengan kedua-dua pasukan malar menyarang balas sampai skuad superia ketinggalan di babak pertama dengan satu gol. di babak kedua skuad superia menyamakan kedudukan 1-1 akibat serangan balas yang mantop hasil jaringan sarun daripada hantaran lintang dari pemain versatail ayyub. balum pun sampat skuad superia untuk mencari gol kemenangan akhirnya gawang skuad superia bocor lagi gara-gara pengadil inda meniup offside. walau apapun tahniah dan syabas diucapkan kepada skuad superia yang telah memberikan komitmen pada hari berkenaan.
Pemain : Mimit, Hamri, Ayyub, Zaim, Rynol, Dene, Askme, Hyrul, gGaz, Sarun, Sai, Shafiq