WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Isnin, Mac 14, 2011

HIGHLIGHT: Perlawanan futsal SPA Masters 2011

BPK/LDP mendominasi Perlawanan Futsal dan merebut Piala Futsal Pejabat SPA

Pasukan futsal BPK / LDP berjaya mendominasi Perlawanan Futsal Antara Bahagian-Bahagian bagi merebut Piala Pusingan Futsal SPA selepas berjaya menguasai kesemua perlawanan tanpa sebarang kekalahan dengan menundukkan 3 pasukan dalam perlawanan timbal-balik yang diadakan di Dewan Hanger Kompleks Sukan JKR, Berakas.

Tempat kedua disandang oleh bekas juara tahun lepas dan juga satu-satunya pasukan yang menjuarai dua tahun berturut-turut iaitu pasukan futsal BPL / BPU. Manakala tempat ketiga ialah juara pertama piala futsal spa iaitu pasukan BMM / BTT / BIKL dan kedudukan keempat juara piala futsal thun 2009 iaitu pasukan BSS.

Hadir bermain dan seterusnya menyampaikan piala pusingan futsal dan hadiah-hadiah kepada pemenang perlawanan futsal antara bahagian-bahagian ialah pmk. suspa dan pegawai-pegawai kanan. Hadiah-hadiah utama individu berupa sebatang payung, sejenis pengharum katiak dan hand carry bag berjanama Avon yang telah disumbangkan oleh AliOsman untuk pemenang tempat pertama hingga ketiga. Manakala keseluruhan pemain menerima hadiah berupa sekutak migi dan minuman kotak sebagai penghargaan menyertai perlawanan futsal.

berikut adalah beberapa paparan aksi-aksi dan galagat serta kemeriahan semasa perlawanan futsal tersebut. selamat menikmati dan maliat tah...

nampak keceriaan tapampang sebelum perlawanan dimulakan..




penjaga masa yg menunaikan peranannya dgn baik..
beberapa slot-slot yang dikatakan perlawanan yang tegang diantara BMM/BTT/BIKL vs BPK/LDP:



saat-saat getir pengurus/pemerhati pasukan BMM/BTT/BIKL menantikan jaringan diperolehi..
talatah keriangan pasukan BPK/LDP sakatika menjaringkan gol mendahului..


persediaan sebelum sepak mula dgn ikatan yg rapi dgn..

ketika memerhatikan tektik pihak lawan dgn gaya yg tersendiri..
perlawanan yg kurang hebatnya pasukan BSS vs BPK/BPU

aksi-aksi dalam gelanggang..


suasana keadaan medan tempur futsal Dewan Hanger Kompleks Sukan JKR..

keputusan yg dinanti-nanti dgn kedudukan..
penyampaian hadiah-hadiah ditempat ke-3, ke-2 dan juara..


piala dijulang kejuaraan dirai..
perebutan piala pusingan futsal spa yg menjadi kebanggaan..



maju sukan untuk spa...

Tiada ulasan: