WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Isnin, Jun 07, 2010

HARI INI: TARIKH TERAKHIR MENGEMBALIKAN BORANG FUTSAL


berakas-
di sidang media yang diadakan, pengurusan tbs (selaku pengendali Kejohanan Futsal Antara Bahagian-Bahagian akan diadakan Jumaat ini 11hb Jun 2010 bertempat di Dewan Hanger JKR Berakas dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi) mengingatkan bahawa hari ini ISNIN, 7HB JUN ADALAH TARIKH TERAKHIR bagi pasukan-pasukan menghantar borang penyertaan untuk menyertai kejohanan tersebut. Dalam peringatan tersebut tercatat bahawa mana-mana pemain dan pasukan yang tidak berdaftar selepas dari tarikh yang telah ditetapkan iaitu hari ini akan tidak dilayan dan tidak dipertimbangkan untuk menyertai. Oleh itu pemain dan pasukan tersebut telah dikira menarik diri dan terkeluar dari penyertaannya.

Dipahamkan sebanyak 4 pasukan akan menyertai dalam pertandingan itu bagi merebut Piala Pusingan yang ketika ini disandang oleh pasukan BPL/BPU selaku Juara Kejohanan Futsal Antara Bahagian-Bahagian 2009.

Tiada ulasan: