WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Sabtu, Mac 20, 2010

SPA SERI 4 SAMA MENENTANG ITB STAFF

Tarikh : 20 Mac 2010, Sabtu
Jam : 4:30 petang
Tempat : Padang UBD B

Dengan berkeputusan seri..

SPA (4)
SHAHRON(1), SHARINOL (1), YUN (1), HAYRUL (1)

ITB STAF (4)

----------------------------------------
Antara pemain-pemain tbs yang hadir :

Barisan atas dari kiri : Hj Bashrin, Yun, Shahron, gBaim, Bob, Hasmi, Rynol, Suhara, Hayrul, Zaim, Hamri
Barisan bawah dari kiri : Hj Aidil, Ayyub, Dennie, Hazlami, Hj Ghaz, Rouhan


Petang tadi, skuad tbs bertandang ke kompleks sukan UBD bagi menyahut cabaran perlawanan persahabatan diantara pasukan tbs (SPA) dengan ITB STAFF yang mana berkeputusan seri 4 sama serta dengan rasminya membuka tirai dengan menyarungi jersi pasukan yang baru. Diucapkan SYABAS kepada pasukan tbs kerana menunjukkan permainan yg memuaskan walaupun berkeputusan seri, yang penting tidak tumpas di tangan pihak lawan. Kedua-dua pasukan menunjukkan perlawanan yang sengit. Di separuh masa pertama, pasukan tbs (iaitu SPA) mendahului jaringan dengan berkeputusan 4-0 sehingga wesel penamat separuh masa pertama ditiupkan. Jaringan pertama bagi pasukan tbs dijaringkan oleh SHAHRON melalui hasil dari rembatan kencangnya melalui hantaran bola dari sebelah kanan. Jaringan kedua pula disudahi oleh SHARINOL dengan berjaya membawa bola solo hasil dari hantaran bola dari sebalah kanan lalu menggelecek sehingga memperdayakan penjaga gawang lawan. Manakala jaringan ketiga pula dihadiahkan dengan sepakan penalty yang mana pemain penyerang licik tbs Hj Ghaz dijatuhkan dalam kawasan kotak penalty yang mana diremuk dan dibantai oleh penjaga gawang dan juga pemain pertahanan pihak lawan ketika beliau membawa pergerakan solo yang ingin menggelecek penjaga gawang lawan, tetapi sayangnya tidak menjadi lalu diremuk oleh pertahanan lawan. Nasib beliau nda papa n masih ok! Kesian eh sulnya purr hehe.. Jaringan penalty ini dengan mudahnya disudahi oleh pemain tengah YUN. Jaringan terakhir pula djaringkan oleh HAYRUL iaitu rembatan 'first timer' hasil dari hantaran lintang rendah dari sebelah kiri..

Di separuh masa kedua pula, pasukan tbs tidak berhasil membolosi gawang pihak lawan, disebaliknya pasukan lawan berjaya menyamakan kedudukan seri 4 sama sehinggalah wesel penamat ditiupkan,sayang sekali..! Walaubagaimanapun pujian harus diberikan kepada pasukan tbs kerana menunjukkan permainan yang memuaskan serta ada komitmen untuk hadir beramai-ramai bagi mengikuti perlawanan persahabatan ini serta kerja berpasukan. Diucapkan terima kasih diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan dan diharap ianya akan berterusan bagi perlawanan-perlawanan yang akan datang. Jumpa lagi di perlawanan yang akan datang dalam bulan Mac ini iaitu 31hb di Padang belapan jam 8 malam. Kehadiran pasukan tbs adalah sangat-sangat diharapkan bagi memantapkan lagi permainan dan komitmen berpasukan..

Enjoy tah meliat gambar-gambar yang diambil dibawah ani:

sesi latihan dan memanaskan badan

pasukan ITB STAFF

aksi perlawanan di separuh masa pertama dengan berkesudahan SPA mendahului 4-0


pemain-pemain pasukan tbs dan staf-staf SPA yang menyaksikan perlawanan di separuh masa kedua..

pengurus besar pasukan tbs hadir menyaksikan perlawanan..peace!!!

dorang bemain di separuh masa kedua, yang ni iski kan begambar hehe.. cool pengurus besar sorang2 duduk di belakang..

thanks kepada staff2 SPA yang turut hadir bagi menyaksikan perlawanan persahabatan ini, mereka mereka ialah Zamri, Kyrun, G.Fad & Daus AF8 hahaha

aksi selepas perlawanan.. sorang2 keletihan & nda bebaju, seksi yoooo ada 1 pack ada 6 packs hahaha

Zamri ni nda tau ah kenapa ka ya bagi penerangan dalam longkang, mcm nada kerusi saja wawawa peace bro... asap tu jgn fikir lain2,asap rokok tu hehe

macam biasalah..kalau ada perlawanan d padang UBD, spot tempat mengisi parut tak lain tak bukan di GMC rimba..some of players n staffs saja yg mengisi tangki hehe..


...tidak lupa jugak kepada bekas pemain pasukan tbs (x-spa) awang Mohd n Ajin kerana sudi datang.


SEE YOU NEXT MATCH ON THE 31st OF MARCH AT BELAPAN
SPA vs RBA

Tiada ulasan: