WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Rabu, Mac 31, 2010

SKUAD TBS TEWAS

Tarikh : 31 Mac 2010, Rabu
Jam : 8.00 malam
Tempat : Padang Balapan

Dengan berkeputusan kekalahan ..

SPA (2)
HAYRUL, YUN

ZUCCA FC (7)

Pemain-Pemain TBS yg hadir : denie, hayrul, g emmy, cip rohan, g bash, bob, abul, rinol, g gaz, sarun, g baim, yun, zaim, ham, haz, ayyub, jul, hamil

Malam tadi, skuad bola sepak TBS bertandang ke Padang Balapan di Berakas bagi menyahut cabaran perlawanan persahabatan di antara skuad bola sepak TBS (berjersi putih) bertemu dengan Zucca FC yang berjersi biru (diantaranya adalah kalangan pemain dari pasukan bola sepak RBA) yang mana TBS terpaksa akur dengan kelibatan serta ketangkasan dan susunan yang teratur pemain-pemain pihak lawan dan sekaligus menerima kekalahan besar setakat ini dengan jaringan TBS tewas 2 gol babalas 7 yang di kecapi dengan mudah dalam gengaman tangan RBA. Walaupun tewas, skuad kitani ani masih mampu berjaya memberikan saingan yang sengit dan menunjukkan tindak balas dengan permainan yang di buat begitu baik.

Di separuh masa pertama, skuad tbs ketinggalan mudah 0-3 oleh pihak lawan sehingga wisil penamat separuh masa ditiupkan. Manakala di separuh masa kedua pula, pasukan lawan semakin mengganas dan menambah koleksi jaringan dengan membolosi 4 gol lagi yang mana berkedudukan skuad TBS kini telah ketinggalan jauh 0-7. Walau keputusan telah ketinggalan dibelakang sepertinya pihak lawan beranggapan rasa kekecewaan telah diharungi skuad TBS, pasukan kitani lakat jua mampu bangkit di saat-saat akhir dengan membuat serangan bertubi-tubi sehingga ahirnya berjaya menghasilkan 2 gol dalam 15 minit sebelum masa perlawanan ditamatkan.

Detik-detik meriah dilalui ketika skur pertama skuad TBS dijaringkan oleh HAYRUL. Gol ini adalah hasil dari hantaran jauh dari bawah iaitu apabila pemain tengah Yun membuat hantaran kepada Ghaz, lalu Ghaz membuat ‘touching’ atau reflect passing kepada Hayrul lalu mengheret bola dari tengah padang sehingga benasib melepaskan pemain pertahanan lawan “last man” dan membawa bola secara solo sehingga ke kotak penalty dan menghampiri penjaga gawang lawan lalu membuat rembatan kencang dan menghasilkan golllllllll..haha..(kegembiraan pihak penyokong tbs yg hadir seakan-akan gol keramat telah diperolehi *kononnya ala ala mcm mdpt kamanangan away gol* hehe..) MANAKALA skur kedua pula dijaringkan oleh YUN yang mana menerima hantaran bola dari tedangan sudut yang diambil oleh Ayyub lalu Yun menghasilkan gol dengan membuat lompatan yang tinggi kerana beliau adalah pemain yang tinggi lampai lalu membuat tandukan yang cantik sehingga memperdayakan penjaga gawang pihak lawan kerna terlepas dari dakapannya lalu golllllllll.. Di saat-saat akhir juga, skuad TBS masih lagi mampu membuat serangan demi serangan tetapi gagal meraih sebarang gol tambahan lagi untuk mencari kalok merapatkan jurang jaringan hinggalah wisil perlawanan ditamatkan oleh pengadil yang berjersi kuning..sayang sekali..akhir bah panas ah! Hehe

Walaubagaimanapun pujian harus diberikan kepada skuad tbs kerana menunjukkan permainan yang memuaskan serta ada komitmen lagi untuk hadir beramai-ramai bagi mengikuti perlawanan persahabatan ini serta kerja berpasukan yang telah ditunjukkan. Dari sudut pihak pengurusan tbs, diucapkan terima kasih diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan dan diharap ianya akan berterusan bagi perlawanan-perlawanan yang akan datang.

Dan tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada jurugambar skuad tbs aka penjaga gawang, Awg Samsul kerana berkesudian datang bagi mengambil gambar-gambar atau spot-spot yang menarik sewaktu perlawanan tidak dilupakan jua penghargaan kepada penyokong-penyokong skuad tbs kerana bisdurang sudi hadir beramai-ramai bagi menyaksikan perlawanan malam tadi.

Jumpa lagi di perlawanan parsahabatan seterusnya yang akan datang pada hari SABTU ini iaitu 3hb April 2010 di Padang Menglait jam 4:30 petang. Kehadiran pasukan tbs sekali lagi adalah sangat-sangat diharapkan bagi memantapkan lagi permainan dan komitmen berpasukan..

enjoy n bersuka ria lah melihat gambar2 dbawah ini...zasssss......

antara pemain-pemain yang sempat 'pa alip' ebelum perlawanan


antara barisan-barisan skuad tbs yang hadir bagi menyahut perlawanan persahabatan

spoil bah penjaga gawang tbs kitani ani, ia sorang ganya mengadap camera..puii haha

Malaikat melintas.. ani lagi sorang, orang tengah memanaskan badan, ia kacau daun haha

sesi memanaskan badan & stretching

nada yang serius bah sesi memanaskan badan ani,semua iski kan begambar take action haha

aksi sebelum sepak mula

antara pemain-pemain simpanan skuad tbs..

pasukan lawan Zucca Fc memakai baju berwarna biru

------------------------------------------------------------------------------

Aksi-aksi perlawanan di separuh masa pertama.......





inilah gambar bolos yang diambil bagi tatapan penjaga gawang tbs..gol sendiri dari Rynol haha

tendangan 'free kick" Yun yang nyaris-nyaris menghasilkan gol tetapi sayang tekana palang
antara pemain yang membuat pertukaran..
waktu rehat
------------------------------------------------------------------------------

Aksi-aksi perlawanan di separuh masa kedua.......


Gol keramat sekaligus memecah talur yang dihasilkan oleh Hayrul..shootoooo ehehe

Merayakan gol kedua menerusi tandukan yang cantik dari Yun yang menerima dari tendangan sudut..tetapi sayang golnya nda sempat digambar oleh Professional Photographer hehe
inilah aksi penonton ketika gol-gol keramat dijaringkan..menunjukkan badan yang tegap kepada penyokong pihak lawan.. kira puas hati lah tu cari kelayi hahaha jam jam..
macam biasa lah "pa alip" selepas perlawanan. Kalau kawasan stadium, tempat spot ngisi parut tak lain tak bukan di My Nest Cafe Serusof..


Tiada ulasan: