WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Khamis, Mac 11, 2010

PEMAIN VETERAN MENINGGALKAN SKUAD TBS

Pada hari ini, kita akan kehilangan seorang lagi pemain yang berkaliber dan berpotensi, kerana pemain ini akan meninggalkan pasukan tbs kerana beliau dinaikkan pangkat dan berpindah ke Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Beliau akan mula berkhidmat di Kementerian tersebut pada hari sabtu ini 13 Mac 2010. Dengan mulanya tarikh tersebut, maka berakhirlah khidmat beliau d Pejabat ini serta terlucut dari menyarungi Pasukan tbs. Oleh yang demikian, maka dengan rasminya pasukan tbs akan menyerahkan pemain ini ke Kementerian tersebut dengan pemindahan secara percuma. Pemain yang dimaksudkan ialah AWG HJ HARIS BIN HJ KAMIS (tbs15) iaitu yang menyarungi jersi no 15. Dengan itu kami semua dari pasukan TBS mengucapkan TAHNIAH kerana dinaikkan pangkat dan berterima kasih diatas khidmat beliau di Pejabat ini serta menyarungi pasukan tbs semenjak beliau berkhidmat d Pejabat ini sebagai pemain midfielder/striker yang berkaliber dan berpotensi serta komitmen yang tinggi. Kami rasa bersedih diatas kehilangan pemain ini kerana beliau adalah satu-satunya pemain harapan veteran untuk mencukupi setiap syarat-syarat yang dianjurankan dari kementerian2 & jabatan2.. TAHNIAH & SEMOGA MAJU JAYA.. Aminnnn

Tiada ulasan: