WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Sabtu, Mei 15, 2010

PBDBM anjur bola sepak 9 sepasukan

sumber media permata keluaran, jumaat 14hb mei, 2010:
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Pertubuhan Bola Sepak Daerah Brunei Muara (PBDBM) mempelawa pasukan-pasukan menyertai Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Terbuka seluruh negara.
Menurut Setiausaha Agung Perlawanan PBDBM, Haji Mohammad Noor Haji Hamid, kejohanan ini akan diadakan pada bulan Jun ini tertakluk kepada penyertaan.
Pihak penganjur hanya menerima 20 pasukan sahaja untuk mengikuti pertandingan ini. Format perlawanan dalam pusingan awal ialah secara satu pusingan dalam kumpulan dan bagi pusingan kedua dijalankan secara kalah mati.
Borang penyertaan dan peraturan perlawanan bolehlah didapati di Kompleks Sukan Menglait Gadong, Ridah dan Asmin Kiulap dan Gills Sports Kiulap.
Borang yang lengkap diisi boleh dihantar kepada Urus Setia Kejohanan di Parvati Textile Centre, Kiulap.
Tarikh tutup penyertaan 30 Mei pukul 8.30 malam.

BAGAIMANA..SAHUT CABARAN??

Tiada ulasan: