WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Isnin, Mei 10, 2010

Rombongan Futsal Labuan

Sesi Sidang Media @ Meeting Room - pihak PENGURUSAN TBS bulan ini akan mengadakan Rombongan Perlawanan Futsal Muhibbah Persahabatan di Wilayah Persekutuan Labuan pada Hari Ahad, 30hb Mei 2010 yang akan datang.

dalam sidang tersebut wakil dari pengurusan tbs menyatakan yang rombongan ini adalah perlayaran persendirian secara tidak rasmi ke Labuan yang bertujuan bagi mengadakan perlawanan futsal persahabatan dengan 2 buah pasukan dan juga lawatan muhibbah sempena cuti awam disamping makan angin ke negara jiran.

oleh itu pihak pengurusan tbs mempelawa dan membukakan penyertaan dari kalangan timbulaspa semada pemain mahupun penyokong untuk sama-sama ikut serta dalam rombongan tidak rasmi berkenaan. berikut adalah anggaran perbelanjaan yang dirasakan berpatutan :-

  • kutipan penyertaan sebanyak BND$50.00 seorang.
(termasuk harga tikit ulang/alik, cukai dan penginapan - makan minum tertakluk keramaian peserta)
tarikh tutup membuat pembayaran penuh ialah sebelum Hari Sabtu, 15hb Mei 2010

  • bagi pemain kutipan bayaran futsal sebanyak RM10.00 seorang akan dikutip secara berasing nanti iaitu pada hari perlawanan tersebut.

sehubungan itu apalah kiranya diusulkan kepada semua yang berkenaan untuk membuat pembayaran tempahan penyertaan lebih awal bagi mengelakkan sebarang ketidak ampitan tikit kapal perjalanan sebelum tarikh tutup membuat pembayaran dengan terus menghubungi Awg Hayrul.



program rombongan
perlawanan futsal persahabatan
di wilayah persekutuan labuan
(30 Mei 2010 - 31 Mei 2010)

Ahad, 30/5/10
7.00pg berkumpul terminal serasa
7.30pg kapal tolak dari brunei ke labuan
8.30pg kapal tiba di labuan
8.00mlm perlawanan futsal persahabatan bermula

Isnin, 31/5/10
4.00ptg berkumpul terminal labuan
4.30ptg kapal tolak dari labuan ke brunei
5.30ptg kapal tiba di brunei

Tiada ulasan: