WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Khamis, November 13, 2008

AKTIBITI FUTSAL SPA


PERLAWANAN FUTSAL ANTARA BAHAGIAN-BAHAGIAN PEJABAT SPA telah diadakan pada hari Ahad, 13hb Januari di Dewan Serbaguna JKR, Berakas. Sebelum ini perlawanan futsal antara bahagian-bahagian sudah awal bermula pada tahun 2004 yang mana ianya dinamakan Piala Dato Jalil. Namun setelah 4 tahun menyepi dari sebarang aktiviti sukan khususnya sukan futsal kini pada tahun 2008 telah diilhamkan semula. Adapun objektif perlawanan diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan para pegawai dan kakitangan. Pasukan-pasukan yang menyertai perlawanan kali ini adalah seperti berikut:-
  • Bahagian Pentadbiran dan Kewangan/Latihan Dalam Perkhidmatan A
  • Bahagian Pentadbiran dan Kewangan/Latihan Dalam Perkhidmatan B
  • Bahagian Pengambilan
  • Bahagian Ujian/Perkhidmatan/Teknologi Maklumat
  • Bahagian Mesyuarat dan Iklan
Format perlawanan adalah secara liga yang mana pasukan yang menduduki di tangga teratas menjadi juara. Perlawanan bermula pada sekitar awal di sebelah pagi hingga ke tengahari dan ianya telah berjalan dengan lancar dan teratur walaupun pengadil yang mengadili terdiri dari wakil setiap pasukan yang menyertai. Namun dengan kerjasama dari semua kalangan pemain telah dapat menjayakan lagi acara tersebut. Setelah mengharungi beberapa perlawanan yang terlalu sengit, serang menyerang, pesaingan antara satu sama lain, berbalas-balas gol jaringan serta gelak ketawa baibun maka akhirnya pasukan Bahagian Mesyuarat dan Iklan telah dinobatkan sebagai juara futsal antara bahagian-bahagian SPA bagi tahun 2008.

Berikut adalah sejarah juara futsal SPA:-

Tahun 2004 - Bahagian Pengambilan A
(pemain: Hj Adnan, Hj Johari, Serbini, Hj Jamali, Shahrun, Azrinie)

Tahun 2008 - Bahagian Mesyuarat dan Iklan
(pemain: Salminan, Hj Johari, Hj Haris, Jismi, Shahrun, Ak Hj Ajizam, Ayyub, Ahmin, Hamri)

Tahun 2009 - ?

(p/s: harap maaf gambar tiada dpaparkan coz cameraman ndada ah)
editor: bayun

Tiada ulasan: