KEJOHANAN BOLASEPAK JPM 2008
Pada 9hb Mac yg lalu, SPA telah menyertai Kejohanan Bolasepak 11 orang sepasukan antara jabatan-jabatan dibawah Jabatan Perdana Menteri kendalian Jabatan Radio Televisyen Brunei yang berlangsung di Padang A dan B RBPRC, Jerudong. SPA ditempatkan dalam Kumpulan C bersama-sama pasukan IN-TEAM FC, Jabatan Percetakan Kerajaan, RPBRC FC dan telah menduduki di tangga kedua dalam peringkat kumpulan seterusnya layak ke peringkat suku akhir.
Pada peringkat sukur akhir yang telah berlangsung pada 16hb Mac, kira-kira jam 2.30 petang, SPA bertemu dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A yang mana perlawanan berkenaan berlangsung sedikit hambar berikutan cuaca yang panas lagi terik dan akhirnya selepas wisel penamat pengadil, keputusan berkesudahan SPA tewas dengan jaringan 0-3 seterusnya gagal menempah tiket ke peringkat separuh akhir. Walaubagaimana pun, semangat dan komitmen kesukanan yang tinggi dari semua pemain adalah dihargai walaupun gagal mencapai matlamat (target) sekurang-kurangnya layak ke peringkat separuh akhir.
editor - bayun
Berikut adalah aksi-aksi yang sempat dipaparkan:-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan