WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Isnin, Mac 14, 2011

HIGHLIGHT: Perlawanan futsal SPA Masters 2011

BPK/LDP mendominasi Perlawanan Futsal dan merebut Piala Futsal Pejabat SPA

Pasukan futsal BPK / LDP berjaya mendominasi Perlawanan Futsal Antara Bahagian-Bahagian bagi merebut Piala Pusingan Futsal SPA selepas berjaya menguasai kesemua perlawanan tanpa sebarang kekalahan dengan menundukkan 3 pasukan dalam perlawanan timbal-balik yang diadakan di Dewan Hanger Kompleks Sukan JKR, Berakas.

Tempat kedua disandang oleh bekas juara tahun lepas dan juga satu-satunya pasukan yang menjuarai dua tahun berturut-turut iaitu pasukan futsal BPL / BPU. Manakala tempat ketiga ialah juara pertama piala futsal spa iaitu pasukan BMM / BTT / BIKL dan kedudukan keempat juara piala futsal thun 2009 iaitu pasukan BSS.

Hadir bermain dan seterusnya menyampaikan piala pusingan futsal dan hadiah-hadiah kepada pemenang perlawanan futsal antara bahagian-bahagian ialah pmk. suspa dan pegawai-pegawai kanan. Hadiah-hadiah utama individu berupa sebatang payung, sejenis pengharum katiak dan hand carry bag berjanama Avon yang telah disumbangkan oleh AliOsman untuk pemenang tempat pertama hingga ketiga. Manakala keseluruhan pemain menerima hadiah berupa sekutak migi dan minuman kotak sebagai penghargaan menyertai perlawanan futsal.

berikut adalah beberapa paparan aksi-aksi dan galagat serta kemeriahan semasa perlawanan futsal tersebut. selamat menikmati dan maliat tah...

nampak keceriaan tapampang sebelum perlawanan dimulakan..




penjaga masa yg menunaikan peranannya dgn baik..
beberapa slot-slot yang dikatakan perlawanan yang tegang diantara BMM/BTT/BIKL vs BPK/LDP:



saat-saat getir pengurus/pemerhati pasukan BMM/BTT/BIKL menantikan jaringan diperolehi..
talatah keriangan pasukan BPK/LDP sakatika menjaringkan gol mendahului..


persediaan sebelum sepak mula dgn ikatan yg rapi dgn..

ketika memerhatikan tektik pihak lawan dgn gaya yg tersendiri..
perlawanan yg kurang hebatnya pasukan BSS vs BPK/BPU

aksi-aksi dalam gelanggang..


suasana keadaan medan tempur futsal Dewan Hanger Kompleks Sukan JKR..

keputusan yg dinanti-nanti dgn kedudukan..
penyampaian hadiah-hadiah ditempat ke-3, ke-2 dan juara..


piala dijulang kejuaraan dirai..
perebutan piala pusingan futsal spa yg menjadi kebanggaan..



maju sukan untuk spa...

Ahad, Mac 13, 2011

pasukan futsal BPK/LDP JUARA!

Ahad, 13 Mac 2011. petang tadi, empat pasukan berentap di Perlawanan Futsal Riadah antara bahagian-bahagian pejabat SPA edisi Mac 2011 kendalian BPK/LDP yang berlangsung di Dewan Hanger Kompleks JKR Berakas. Di dalam perlawanan tersebut, pasukan futsal dari Bahagian BPK/LDP telahpun menjuarai Piala Pusingan sekaligus mencatat rekod bagi pertama kalinya menjuarai kejohanan futsal riadah yang diadakan setiap tahun dan merebut piala tersebut dan memegang rekod tanpa kalah di dalam perlawanan petang tadi. TAHNIAH diucapkan kepada pasukan futsal BPK/LDP. Berikut adalah keputusan perlawanan liga Futsal Riadah SPA 2011.


Dibawah ini adalah keputusan keseluruhan mata yang diperolehi setiap bahagian di dalam perlawanan petang tadi.


Table di bawah ini adalah senarai penjaring sepanjang perlawanan.


Juara : BPK/LDP


Naib Juara : BPL/BPU Ketiga : BMM/BTT/BIKL Keempat : BSS BPK/LDP JUARA FUTSAL RIADAH 2011 pasukan the blue samurai

SYABAS diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan atas penglibatan menyertai kejohanan tersebut dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemain-pemain, penyumbang hadiah-hadiah yang menarik dan memuaskan hati, individu-individu yang membawa berbagai jenis makanan dan minuman, volunteers-volunteers serta orang ramai yang sama-sama hadir menyaksikan kehebatan SPA MASTERS 2011. berjumpa lagi di kejohanan yang akan datang...

Isnin, Mac 07, 2011

Empat pasukan bakal berentap di Perlawanan Futsal antara Bahagian di bawah SPA 2011

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS, Isnin, 07 Mac. - Empat pasukan bakal mewarnai Perlawanan Futsal antara Bahagian di bawah SPA bagi musim 2011 yang akan diadakan pada 13 Mac ini dan mengambil tempat di Dewan Hanger Kompleks Sukan JKR.

Sebagai persiapan awal kepada perlawanan tersebut perjumpaan telah diadakan sebelum ini bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

Beberapa perkara telah disentuh di perjumpaan tersebut bagi peringatan bersama seperti lazimnya yang diterangkan umpamanya peraturan-peraturan perlawanan, format perlawanan, jersi pasukan, di samping penyertaan pegawai dan kakitangan di pejabat ini.

Juga dijelaskan temasuklah mengenai ganjaran hadiah yang bakal dimenangi iaitu menjuarai Piala Pusingan.

Sabtu, Februari 19, 2011

SUPERIA beroleh kemenangan yang PERTAMA dalam 2011

SUPERIA (4), Rosmi, Shafiq (2), Hyrul
RIVER ROOT (3)

Hari Sabtu, 19 Februari 2011
Padang Kebajikan, Berakas
Kick off 4:30 petang

Patang tadi, skuad bolasepak SUPERIA menyahut cabaran perlawanan persahabatan kali yang ketiga pada tahun ani menantang pasukan R.R yang dikenali dengan River Root, yang mana skuad kitani telah beroleh kemenangan yang pertama setelah mengalami kekalahan 2 kali berturut sebelum ani. Walaupun skuad ketinggalan di separuh masa pertama dengan jaringan ketinggalan 1-2 hasil jaringan sulung dari pemain bekas iaitu Awg Rosmi, skuad Superia mampu bangkit dengan beroleh kemenangan 4-3 sekaligus meraih kemenangan yang pertama yang diimpi-impikan skuad sebelum ani. Jaringan di separuh masa kedua dijaringkan oleh pemain penyerang skuad Shafiq yang mana beliau mendapat 2 biji gooollll dan jaringan terakhir pula dilangsaikan oleh pemain penyerang/sayap kanan Hyrul di saat masa kecederaan. Syabas & tahniah diucapkan kepada skuad bolasepak Superia dan jutaan terima kasih kepada pemain-pemain skuad bekas spa yang menCover kami di separuh masa pertama disebabkan ada acara keagamaan di pejabat membuatkan pemain-pemain skuad bolasepak Superia akhir datang. inda ku tau apa lagi kan diceritakan hehe...

Jumaat, Februari 11, 2011

TEWAS TIPIS 1-2

SUPERIA (1), sarun
SEWIRA (2)
Hari jumaat, 11 Februari 2011
Padang Menglait A, Gadong
Kick off 4:30 petang
Menglait, gadong, patang tadi, skuad bolasepak Superia menyahut cabaran dari pasukan Sewira yang memakai jersi serba merah. skuad Superia tatap jua menantang dengan semangat berpasukan walaupun kalah gara-gara padang licak yang inda sempurna untuk belusir. perlawanan kelihatan seimbang dengan kedua-dua pasukan malar menyarang balas sampai skuad superia ketinggalan di babak pertama dengan satu gol. di babak kedua skuad superia menyamakan kedudukan 1-1 akibat serangan balas yang mantop hasil jaringan sarun daripada hantaran lintang dari pemain versatail ayyub. balum pun sampat skuad superia untuk mencari gol kemenangan akhirnya gawang skuad superia bocor lagi gara-gara pengadil inda meniup offside. walau apapun tahniah dan syabas diucapkan kepada skuad superia yang telah memberikan komitmen pada hari berkenaan.
Pemain : Mimit, Hamri, Ayyub, Zaim, Rynol, Dene, Askme, Hyrul, gGaz, Sarun, Sai, Shafiq

Rabu, Januari 19, 2011

SALAM TAKZIAH

Salam kepada semua warga skuad bolasepak Superia (tbs) khasnya serta pegawai & kakitangan SPA umumnya, pihak pengurusan skuad bolasepak SUPERIA , ingin menyampaikan berita sedih iaitu salah seorang pemain skuad bolasepak khasnya dan kakitangan spa umumnya iaitu Awang Mahmud bin Maidin telah kembali ke Rahmatullah pada hari Selasa 18 Januari 2011
Bagi pihak pengurusan skuad bolasepak Superia, salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat di sisi golongan orang-orang yang beriman..
Amin Ya Rab 'alamin..

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.. Al-Fatihah

Rabu, Januari 05, 2011

SUPERIAns kick the ball off 2011

Musim bolasepak tahun 2011 bagi pasukan SUPERIA telah dibentangkan tirainya di Padang Balapan Berakas petang tadi dengan menerima kunjungan dari pasukan bolasepak Pusat Dakwah Islamiah (PDI). Perlawanan tersebut telah berpihak kepada pasukan PDI yang berjaya menewaskan SUPERIA yang hanya hadir seramai 11 orang saja.

SUPERIA ( 3 ) dene, sarun(2)
PDI ( 5 )
pemain: Dene, Askme, Hyrul, Cip, Bob, Rinol, gGaz, Sarun, Amin, Mimit, Chomel