WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!
Ahad, November 08, 2009
FUTSAL 2009
Jam : 1.00 ~ 6.00 petang
Tempat : Dewan Indoor JKR
Keputusan perlawanan
Johan : BPL & BPU
Naib Johan : BMM & BTT & BIKL
Ketiga : BSS & BTM
Keempat : BPK & LDP
Kelima : ATTACHMENT STUDENT BTM
=====================================
Pemain Terbaik : Hazlami (BPL & BPU)
Penjaga Gawang Terbaik : Ayub (BPL & BPU)
Khamis, Mac 12, 2009
Kembali Semangat
KOMPLEKS SUKAN BALAPAN DAN PADANG, BERAKAS
BHG KEMUDAHAN SUKAN, JBS ( 4 )
TIMBULASPA ( 5 )
AMPUAN, HAYRUL(2), AMIN, HAZLAMI
Pemain tbs: Zaim, Hamri, Sharinol, Dennie, Hayrul, Ampuan, Hj Abd Aji, Zulhazmi, Amin, Hj Ghazalle, Hazlami dan Pemain loan: Mohammad, Pg Kamal, Ahmad, Serbini
Selasa, Mac 10, 2009
Bad Cuaca
Padang : Menglait 'B', Gadong
Jam : 4.00 petang
Cuaca : Hujan di sepanjang perlawanan
Pemain: Zulhazmi, Hamri, Sharinol, Hj Ibrahim, Ayyub, Hayrul, Shahrun, Hj Haris, Dennie, Hj Ghazalle, Amin, Hazlami, Hj Aidil
Kondisi : Hilang punca, Hilang arah, Hilang mud
Permainan : Kurang memuaskan, Banyak dikuasai, Kurang mantap
Keputusan : ....
BAHAGIAN PAKAR, KESIHATAN ( 10 )
TIMBULASPA ( 3 )
- jaringan oleh Hayrul, Amin, Hazlami
..*soe nada repot coverage due hujan nada tmpt btaduh pyh plng mbuat laporan*..
Sabtu, Februari 28, 2009
tbs faced Person-In-Black-On-The-Pitch
timbulaspa ( 2 )
- Ampuan 2 gol
Persatuan Pengadil NBD ( 2 )
Kelmarin petang Jumaat, 27/2/2009 (Berakas) - menyaksikan perlawanan persahabatan yang julung kalinya diadakan di antara timbulaspa dengan pasukan bola sepak Persatuan Pengadil Negara Brunei Darussalam (PPNBD) di Padang Kompleks Sukan Jabatan Belia dan Sukan atau lebih dikenali dengan Padang Kebajikan Berakas.
Perlawanan berlangsung sedikit lewat sejam kira-kira dalam pukul 4.55 petang. TBS dengan berbaju serba kuning dibarisi oleh Hadi, Zaim, Hamri, Sharinol, Ayyub, Shahrun, Ampuan, Hj Haris, Dennie, Amin, Bob, Hazlami dan 2 orang pemain loan iaitu Pg Kamal, Ajin manakala pasukan bola sepak Persatuan Pengadil NBD memakai baju serba biru.
Separuh masa pertama memperlihatkan penguasaan tbs yang sering kali membuat asakkan kubu pertahanan PPNBD dengan serangan dan penguasaan bola yang dapat dikawal dengan baik dan teratur oleh TBS sebaik sahaja berjaya merampas bola apabila PPNBD membuat sepakkan mula. TBS hampir-hampir berjaya mendahului PPNBD apabila hantaran lintang sebalah kanan dari Sharinol kepada Ampuan lalu membuat percubaan tepat tetapi dapat diselamatkan dengan baik oleh penjaga gawang PPNBD. Permainan semakin bertambah rancak dan seimbang diantara kedua-dua pasukan. Kali ini penyerang PPNBD membuat percubaan tetapi terlencong ke kiri dari gawang TBS walaupun sudah berjaya menewaskan pertahanan TBS. Sementara itu Sharinol cuba membuat percubaan tetapi bola hanya melimpasi gawang PPNBD hasil dari pasingan silang Hj Haris. Sharinol sekali lagi terlepas peluang apabila tandukan beliau dari hantaran sepakan sudut Shahrun dapat diselamatkan penjaga gawang PPNBD. Perlawanan berkedudukan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di akhir 45 minit separuh masa pertama.
Separuh masa kedua bermula dengan sepakkan bola dari TBS lalu mengubah corak permainannya dengan bermain secara agresif yang mana
Dalam minit-minit terakhir PPNBD terlepas peluang sebanyak 2 kali untuk mendahului TBS namun rembatan tajam dan percubaan menerusi hantaran lintang dari pemain PPNBD telah berjaya diselamatkan dengan baik oleh Hadi. Manakala dalam masa-masa kecederaan serangan tajam Sharinol diakhir perlawanan sekali lagi gagal disudahi untuk meraih kemenangan TBS kerana bola telah berjaya ditepis keluar oleh penjaga gawang PPNBD. Setelah 90 minit berlangsung, perlawanan tersebut berkesudahan seri dengan jaringan 2-2. Diucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemain atas prestasi dan penguasaan keseluruhan perlawanan tersebut.
Rabu, Februari 25, 2009
Story de funtai @ Sunday
Once upon a time, on the dark there is a highway and its cooling in my hair at Muara - 22 feb 2009 (Ahad) yang lalu telah tercatat dalam diari timbulaspa.blogspot.com yang mana geng-geng tbs telah mengadakan berpiknik di Peranginan Pantai Muara. Tema kali ani Mau Ikut Ke Pantai? Saja Kan BBQ & Bersantai telah disambut baik dengan penyertaan seramai 31 orang. Termasuklah rakan bloggers dari 3pearlshot, BoyaGauk, AwgQudeel and yang inda diketahui blognya apa.
Well berpiknik di pantai ani mula diilhamkan aka diadakan tbs pada taun lepas 2008 di mana tbs telah mengadakannya di Pantai Serasa tapi hanya dikalangan beberapa orang ahli sahaja but pada taun ani dilaratkan lagi penyertaannya ispisiali arah bini-bini kitani.
Setelah beberapa hari perancangan dan persediaan, tiba tah jua saatnya dengan segala-galanya berjalan lancar termasuk tah keadaan cuaca, Alhamdullillah yang mengizinkan perkelahan dari awal pagi smpai ke pukul 1.30 petang. Dimaklumkan urg-urg kuat tbs telah berada di sana seawal pukul 6.15 pagi untuk memastikan tempat yang sudah awal dikenalpasti dapat didiami lagipun pondok-pondok ani berbasiskan sapa awal datang iatah punya udah tu. So sebaik saja sampai di sana walaupun masih dalam keadaan gelap lagipun alum jua ramai urang tarus tah menuju ke pondok no. 24 & 25 ani baik jua nada ada urang boking tempat ah kerana tampatnya strategik dikelilingi dengan taman permainan ada di balakang, tandas pun ampir, gerai jual-jualan inda jauh and lagipun kawasannya ani udahtah bisai limbu lagi tu sal inda barapa terdedah kalo panas.
Bebalik cerita and sementara menantikn kehadiran peserta yang akan datang acara mengapikan & mengasapkan pun dibuat dalam pukul 7.45 pagi pasal program bermula pukul 7.30 pagi. Then sampai atu saja ceritanya biartah beberapa shot dibawah ani yang mengambarkan suasana keceriaan, kegembiraan, keriangan masa atu.
Selasa, Februari 24, 2009
1st Trip
KEHEBATAN 8 GOL
Jumaat, 20/02/2009 – timbulaspa membuat kunjungan pertama kalinya mengadakan perlawanan persahabatan diluar daerah. Timbulaspa telah berkunjung ke Daerah Tutong bagi menentang Pasukan Bola sepak Gemilang di Padang Kompleks Sukan Jabatan Belia dan Sukan Daerah Tutong.
BACK ON WINNING TRACK
Berakas - 18 feb 2009 (rabu), tbs berjaya mengalahkan pasukan bola sepak kolej igs yang dibarisi dari penuntut2 kolej dengan jaringan 5-3 yang berlangsung sekitar jam 8.15 malam di kompleks sukan kebajikan berakas.
Game diseparuh masa pertama dikuasai oleh tbs yang sering mengasak kubu kuat kolej igs tetapi terlalu kebal sehingga serang balas kolej igs berjaya menghasilkan gol di minit ke 18 untuk mendahului 1-0 setelah bek tbs keliru memikirkan bola telahpun offside. tbs inda patah semangat masih jua menyerang dan hasilnya tidak lama kemudian berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan sarun sekaligus menaikkan lagi semangat pasukan tbs. Inda lama lepas itu hayrul menewaskan penjaga gol kolej igs untuk mendahului 2-1. Sarun sekali lagi mengegar gawang kolej igs sebelum waktu separuh masa pertama di tiup setelah menerima hantaran dari yun untuk mengukuhkan gol 3-1.
Selasa, Februari 17, 2009
Tips 4 tbs
SOME IMPORTANT POINTS BEFORE GAME
1) Cukup tidur (7-8 jam). Over-sleep pun buleh jadi lamah.
2) Its a MUST to take breakfast. NO spicy and oily food.
(recommended: cereal, toasted bread, small portion of noodle/nasi goreng (not nasi lemak), juices, skimmed milk, 1-2 cup of Tea/Coffee. NO CARBONATED DRINKS)
3) Its a MUST to take lunch too pebaik sedikit. NO spicy and oily food.
(recommended: ordinary rice, spaghetti, small portion of chicken (not beef), soup, juices, skimmed milk. NO CARBONATED DRINKS)
* kalaukan tidur sekajap tengah hari ok tapi jangan lama
- max 30min saja, takut over-sleep.
* NO heavy meal 4 hour before game
(yatah membari sanak parut ne if aher makan)
* otw ke padang recommend makan 1 small chocolate bar
ie. Snickers, Milo Bar, Kit-Kat, Twix etc
* Drink lots and lots and lots of mineral water especially
main ptg hari panas. Isotonic drinks lagi bagus ie. 100+
BEFORE KICK-OFF
- Do warming up properly (sampai bepaluh rasanya). If malas rasanya main juggling atau passing-passing.
- NO hard kicking/shooting/crossing yet. It may cause injury such as hamstring and groine.
- STRETCHING!!!! jarang stretching yatah membarinya badan/kaki nda flexible and mudah dapat kecederaan ie. tackle sikit injured tia. Jarang stretching ne jua membarinya pencen awal pasal long-term injury =)
- Biasakan pakai shin-guard. Tantu selamat
SELEPAS GAME
- Cool down and STRETCHING and do sit-up (kalau rajin)
- mandi
- otw home minum air/isotonic drinks banyak2 as replacement since we sweat a lot, crampt krg tidur =)
Semoga dapat membantu dan maju lagi mantap…
MAU KE PANTAI.....
Pantai Muara... tunggu!! kami kan kesana...
tbs akan berada di Pantai Muara pada pukul 7.30 pagi sehingga pukul 12 tengah hari.
Pada masa ani perancangan bagi berkelah di pantai atu giat dilaksanakan dengan segala persiapan-persiapan bagi keperluan nanti. Semua ahli dikenakan kutipan sebanyak $5.00 bagi setiap seorang untuk mambali barang makan minum segala ayam dan sebagainya. Diharap semua akan berjalan dengan lancar.
Isnin, Februari 16, 2009
Jubli Perak 25 tahun
Seminggu dari sekarang Negara Brunei Darussalam akan menyambut 25 tahun Jubli Perak Hari Kebangsaan yang akan diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas. Di Stadium ani jua tempat menyambut Hari Kebangsaan NBD yang Pertama diadakan selepas negara menyambut Kemerdekaan pada 1 Januari 1984. NBD menyambut Hari Kebangsaannya setiap 23 Februari. Tema pada tahun ini KEDEWASAAN BERNEGARA.
Iata pasal tema ah kalo kitani ne ah mcm urg udah beumur 25 taun ani matang udh ne kira dewasa th tu sal 25 taun udh lahir =D....
Well.. dikasampatan ani jua pengurusan timbulaspa tidak ketinggalan untuk mengibar-gibarkan bendera Negara dan ingin bersama-sama dengan seluruh rakyat Brunei menadah tangan dan bersyukur di atas kurnia kepada Negara kitani segala apa yg tani nikmati selama ani.