WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Selasa, Februari 24, 2009

1st Trip

KEHEBATAN 8 GOL

Jumaat, 20/02/2009 – timbulaspa membuat kunjungan pertama kalinya mengadakan perlawanan persahabatan diluar daerah. Timbulaspa telah berkunjung ke Daerah Tutong bagi menentang Pasukan Bola sepak Gemilang di Padang Kompleks Sukan Jabatan Belia dan Sukan Daerah Tutong.

Perlawanan diantara timbulaspa dengan Pasukan Bola Sepak Gemilang adalah merupakan pertemuan yang pertama kalinya diadakan apabila pasukan bola sepak gemilang mempelawa timbulaspa untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

Memandangkan pertama kali bermain di kompleks sukan tutong, perkumpulan pemain tbs sebelum perlawanan bertempat diperkarangan letak kereta kompleks sukan tersebut.

Pemain yang hadir ialah Zulhazmi, Hamri, Sharinol, Hj Aidil, Zaim, Hazlami, Ampuan, Hj Haris, Shahrun, Amin, Hayrul, Hj Ghaz, Dennie, Bob dan pemain loan Ajin.

Sebelum perlawanan seperti biasa kedua-dua pasukan telah bersedia membuat pemanasan badan. Timbulaspa dalam pada itu juga telah mengatur strategi dan membuat pilihan susunan pemain yang akan diseneraikan kesebelasan awal bagi menghalang kelincahan pemain-pemain gemilang yang dipahami dari sumber-sumber scout tbs bahawa pasukan bola sepak gemilang adalah merupakan sebuah kelab diantara kelab-kelab bola sepak yang terdapat di daerah tutong.

Perlawanan separuh masa pertama dalam cuaca hujan mula turun dengan renyai-renyai, permainan kedua-dua pasukan sering membuat asakkan dan serangan namun permainan lebih banyak berpihak kepada timbulaspa. kehebatan kedua-dua penjaga gawang juga terserlah dan tidak dinafikan apabila berjaya mengagalkan gawang masing-masing dari dibolosi. Sehingga ke wisil penamat separuh masa, kedudukan pasukan bola sepak gemilang dan timbulaspa hanya terikat jaringan 0-0.

Setelah 10 minit berehat, perlawanan bersambung bagi separuh masa kedua. Kali ini pasukan bola sepak gemilang yang banyak memanfaatkan permainan dengan mengambil kesempatan dari keletihan pemain-pemain timbulaspa apabila pasukan gemilang menurunkan separuh dari pemainnya yang merupakan bernafas baru sekaligus mengatur serangan terus menerus membuatkan pertahanan timbulaspa sedikit kucar kacir dan hilang arah sehingga menyebabkan jaringan pertama pasukan gemilang berjaya membolosi gawang tbs (0-1). serangan terus diadakan bertubi-tubi dan pasukan gemilang sekali lagi berjaya melebarkan jaringan keduanya (0-2). Beberapa minit kemudian seolah-olah pemain tbs seperti hilang punca dan kekalahan mula dirasai timbulaspa apabila pasukan gemilang menambah lagi dengan menjaringkan gol ketiganya (0-3) dan sekaligus gol keempat selang beberapa minit kemudian seperti kemenangan bergaya 0-4 dirasakan oleh pasukan gemilang.

Hanya tinggal 20 minit permainan, timbulaspa cuba membuat serangan balas dan akhirnya berjaya memacahkan bolos pasukan gemilang dengan jaringan 1-4. timbulaspa mula timbul semangat lawan apabila sekali lagi berjaya menambah jaringan keduanya (2-4). Dalam masa perlawanan hampir-hampir ke penamat timbulaspa berjaya lagi untuk merapatkan jurang jaringan kepada 3-4 sekaligus mengegarkan pasukan gemilang yang pada awalnya berkedudukan selesa dengan mendahului timbulaspa jaringan 4-0. dan akhirnya dikemuncak 3 minit sebelum pengadil meniup wisil untuk menamatkan perlawanan persahabatan diantara pasukan bola sepak gemilang dengan timbulaspa, pemain gemilang telah membuat foul kepada pemain timbulaspa di luar kotak penalti dan pengadil perlawanan telah memberikan sepakan percuma kepada tbs. hasil dari sepakan tersebut yang gagal disambut dengan kemas oleh penjaga gawang pasukan gemilang membuatkan pemain timbulaspa mengambil kesempatan bola yang terlepas lalu berjaya merembat masuk bola ke dalam gawang pasukan gemilang dan timbulaspa telah berjaya menyamakan jaringan 4-4 dalam perlawanan yang hanya berbaki 3 minit. Kemeriahan apabila berjaya menyamakan kedudukan dari menerima kekalahan disambut dengan riang oleh pemain-pemain tbs didalam dan luar padang. Akhirnya perlawanan berkesudahan seri dengan kehebatan 8 gol diantara kedua-dua pasukan.

Jaringan semangat 4 gol tbs dalam masa perlawanan yang hanya berbaki 20 minit sebelum wisil penamat dijaringkan oleh amin yang berjaya menjaringkan 3 gol sekaligus membuka tirai jaringan hatrek yang pertama musim 2009 dan jaringan penyamaan adalah hasil dari pemain loan yang dijaringkan oleh ajin diakhir minit perlawanan.

Seperti biasa untuk meraikan perlawanan tersebut dan sempena mengambil kesempatan berada di daerah tutong acara minum-minum yang sering dilakukan oleh pemain tbs selepas perlawanan mengambil tempat dengan kunjungan ke tutong mall dan menyerbu restoran faize sebelum balik ke rumah masing-masing di daerah Brunei muara.

Syabas di atas permainan yang berkesudahan sengit kepada semua pemain kedua-dua pasukan.


Tiada ulasan: