WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Selasa, Februari 24, 2009

BACK ON WINNING TRACK

tbs menang bergaya tewaskan kolej igs

Berakas - 18 feb 2009 (rabu), tbs berjaya mengalahkan pasukan bola sepak kolej igs yang dibarisi dari penuntut2 kolej dengan jaringan 5-3 yang berlangsung sekitar jam 8.15 malam di kompleks sukan kebajikan berakas.

Setelah hampir sebulan berehat tbs meneruskan perlawanan persahabatan yang ke empatnya. Pemain tbs yang bermain ialah Zulhazmi, Hamri, Sharinol, Hj Aidil, Ayyub, Dennie, Ampuan, Hj Haris, Shahrun, Hayrul, Amin, Zaim, Hj Baim, Ahmin, Bob, Haz, Hj Ghaz, Abul.

Kick off pada malam itu sedikit lambat kerana batah menunggu lipri, Awg Roslan dlm kira-kira 10 minit sedangkan kedua pasukan sudah bersedia. Game malam atu meriah sekali kerana penyokong2 dari kedua pasukan hadir bagi membakar semangat kepada tim masing-masing.

Game diseparuh masa pertama dikuasai oleh tbs yang sering mengasak kubu kuat kolej igs tetapi terlalu kebal sehingga serang balas kolej igs berjaya menghasilkan gol di minit ke 18 untuk mendahului 1-0 setelah bek tbs keliru memikirkan bola telahpun offside. tbs inda patah semangat masih jua menyerang dan hasilnya tidak lama kemudian berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan sarun sekaligus menaikkan lagi semangat pasukan tbs. Inda lama lepas itu hayrul menewaskan penjaga gol kolej igs untuk mendahului 2-1. Sarun sekali lagi mengegar gawang kolej igs sebelum waktu separuh masa pertama di tiup setelah menerima hantaran dari yun untuk mengukuhkan gol 3-1.

Separuh masa kedua timbulaspa dan kolej igs masing-masing hanya mampu menambah 2 jaringan. Jaringan tbs diseparuh masa kedua dijaringkan oleh Hj Ghaz dan Hj Haris, namun di akhir perlawanan tersebut kemenangan telah berpihak kepada timbulaspa dengan berkesudahan timbulaspa berjaya menewaskan pasukan bola sepak kolej igs dengan jaringan 5-3. Dalam perlawanan tersebut penjaga gawang tbs, Zulhazmi telah dilayangkan kad kuning kerana cuba melengah-lengahkan masa untuk membuat sepakan gol.

Tiada ulasan: