WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Sabtu, Februari 28, 2009

tbs faced Person-In-Black-On-The-Pitch


timbulaspa ( 2 )

- Ampuan 2 gol

Persatuan Pengadil NBD ( 2 )



Kelmarin petang Jumaat, 27/2/2009 (Berakas) - menyaksikan perlawanan persahabatan yang julung kalinya diadakan di antara timbulaspa dengan pasukan bola sepak Persatuan Pengadil Negara Brunei Darussalam (PPNBD) di Padang Kompleks Sukan Jabatan Belia dan Sukan atau lebih dikenali dengan Padang Kebajikan Berakas.

Perlawanan berlangsung sedikit lewat sejam kira-kira dalam pukul 4.55 petang. TBS dengan berbaju serba kuning dibarisi oleh Hadi, Zaim, Hamri, Sharinol, Ayyub, Shahrun, Ampuan, Hj Haris, Dennie, Amin, Bob, Hazlami dan 2 orang pemain loan iaitu Pg Kamal, Ajin manakala pasukan bola sepak Persatuan Pengadil NBD memakai baju serba biru.

Separuh masa pertama memperlihatkan penguasaan tbs yang sering kali membuat asakkan kubu pertahanan PPNBD dengan serangan dan penguasaan bola yang dapat dikawal dengan baik dan teratur oleh TBS sebaik sahaja berjaya merampas bola apabila PPNBD membuat sepakkan mula. TBS hampir-hampir berjaya mendahului PPNBD apabila hantaran lintang sebalah kanan dari Sharinol kepada Ampuan lalu membuat percubaan tepat tetapi dapat diselamatkan dengan baik oleh penjaga gawang PPNBD. Permainan semakin bertambah rancak dan seimbang diantara kedua-dua pasukan. Kali ini penyerang PPNBD membuat percubaan tetapi terlencong ke kiri dari gawang TBS walaupun sudah berjaya menewaskan pertahanan TBS. Sementara itu Sharinol cuba membuat percubaan tetapi bola hanya melimpasi gawang PPNBD hasil dari pasingan silang Hj Haris. Sharinol sekali lagi terlepas peluang apabila tandukan beliau dari hantaran sepakan sudut Shahrun dapat diselamatkan penjaga gawang PPNBD. Perlawanan berkedudukan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di akhir 45 minit separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula dengan sepakkan bola dari TBS lalu mengubah corak permainannya dengan bermain secara agresif yang mana cuba membuat serangan awal. Disamping itu juga terdapat sekali sekali PPNBD cuba membuat serangan balas namun berjaya di halang oleh pertahanan TBS. Hj Haris terlepas peluang apabila telah berjaya melepasi 3 pemain PPNBD tetapi tandangan beliau melambung naik ke atas. Hazlami juga cuba membuat percubaan dari sebelah kanan apabila mengelirukan penjaga gawang PPNBD yang beranggapan bola tersebut cuba di buat hantaran namun melencong kedalam dan penjaga gawang cuba menyelamatkan walaupun terlepas dari gengaman beliau. Bob juga membuat rembatan yang cantik tetapi gagal disudahi dengan baik. Sekali lagi peluang terbuka di depan gawang ketika Hj Haris cuba menthru bola kepada Shahrun yang cuba membuat larian dari kiri dan berkedudukan one-by-one dengan penjaga gawang PPNBD namun percubaannya hanya tersasar sedikit dari gawang. Beberapa ketika PPNBD cuba membuat serangan dengan hantaran lintang dari sebelah kiri namun dapat ditanduk keluar dengan kemas oleh pertahanan TBS. Ternyata penyudahan hasil dari serangan bertubi-tubi TBS belum lagi hadir walaupun sudah berjaya mengawal keseluruhan perlawanan. Akhirnya selepas 10 minit perlawanan berlangsung, TBS berjaya memecah kebuntuan jaringan apabila 3 pemain TBS (Ampuan, Amin dan Bob) telah bersedia untuk membuat penyudah ketika hantaran lintang dari Zaim dan bola dapat disudahi oleh Ampuan yang hanya ditepis masuk ke dalam gawang PPNBD (1-0). Beberapa minit kemudian serangan balas PPNBD hampir menghasilkan jaringan penyamaan apabila pemainnya gagal menyudahi dengan tepat. Seringkali PPNBD membuat kawalan bola dengan kurang baik dan pasingan yang kurang tepat sehingga memberi peluang TBS menguasai permainan. Namun dalam kelekaan serangan TBS, PPNBD telah membuat counter attack lalu pemain sayap kanan PPNBD telah melakukan shooting terus kepada penjaga gawang TBS, Hadi yang gagal menangkap bola dengan kemas dan kesempatan penyerang PPNBD yang telah bersedia dapat menyamakan kedudukan 1-1 dalam minit ke-70. Tidak lama kemudian sekali lagi TBS dan gol kedua Ampuan berjaya merampas jaringan 2-1 dalam minit ke-75 apabila membuat tandukan bola sekaligus menewaskan penjaga gawang PPNBD di dalam kawasan kotak ‘d’ hasil dari sepakan sudut sebelah kiri yang dibuat oleh Hj Haris. Namun 10 minit kemudian PPNBD berjaya lagi menyamakan kedudukan (2-2) hasil dari sepakan penalti apabila pemain pertahanan TBS, Ayyub disalahkan setelah pengadil memberi keputusan bahawa pemain PPNBD telah ‘dijatuhkan’ dalam kotak penalti. Hj Hamidon, pemain pertahanan kanan PPNBD tidak mensia-siakan peluang tersebut apabila dapat menyudahi sepakan ke kiri yang terlepas dari dakapan penjaga gawang TBS, Hadi.

Dalam minit-minit terakhir PPNBD terlepas peluang sebanyak 2 kali untuk mendahului TBS namun rembatan tajam dan percubaan menerusi hantaran lintang dari pemain PPNBD telah berjaya diselamatkan dengan baik oleh Hadi. Manakala dalam masa-masa kecederaan serangan tajam Sharinol diakhir perlawanan sekali lagi gagal disudahi untuk meraih kemenangan TBS kerana bola telah berjaya ditepis keluar oleh penjaga gawang PPNBD. Setelah 90 minit berlangsung, perlawanan tersebut berkesudahan seri dengan jaringan 2-2. Diucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemain atas prestasi dan penguasaan keseluruhan perlawanan tersebut.

Tiada ulasan: