WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Selasa, Januari 13, 2009

TERTEWASNYA TBS

timbulaspa vs XSOASC (Creativ01)

Berakas (pelapor) - Pada hari Ahad yang lalu 11hb Januari 2009 menyaksikan tertewasnya timbulaspa buat pertama kali bagi musim 2009 setelah mengharungi 3 perlawanan persahabatan apabila dibenam dengan perbezaan 4 gol di Kompleks Sukan Balapan dan Padang.

timbulaspa dibarisi oleh Zulhazmi, Hamri, Sharinol, Hj Ibrahim, Shahrun, Ampuan, Dennie, Hj Ghazalle, Aminuddinshah, Hayrul, Hj Aidil, dan 3 orang pemain loan Tuah, Pg Kamal, Mohammad.

Jaringan tunggal tbs adalah hanya berjaya untuk sekadar menyamakan kedudukan hasil tendangan kencang Pg Kamal ke gawang creativ01 setelah perebutan bola di dalam kotak penalti ketika Shahrun mengambil sepakan sudut di sebelah kanan.

Perlawanan tbs seterusnya akan berlangsung di Padang JKR menentang pasukan bolasepak Muzium hari Jumaat nanti.

Sabtu, Januari 10, 2009

NEXT MATCH

Kompleks Sukan Balapan dan Padang, Berakas (Ahad, 11hb Januari 2009)

timbulaspa akan meneruskan perlawanan persahabatan ketiganya malam esuk apabila buat pertama kalinya menerima kunjungan pasukan bolasepak XSOASC. Perlawanan akan berlangsung di Padang Balapan pada jam 8.00 malam nanti.

Diharap timbula kitani akan berjaya lagi sekaligus mendapat kemenangan ketiganya berturut-turut. Semoga akan SUCCESS.

Jumaat, Januari 09, 2009

RBA vs TBS

Beat d Unbeatable

Berakas - tbs kitani meraih kemenangan lagi di Padang RBA menewaskan pasukan bolasepak RBA dengan jaringan 3-0. Setelah 2 game persahabatan, tbs dpt mengekalkan kemenangan kedua apabila melayan pelawaan pasukan RBA.

Pemain-pemain tbs kitani dibarisi oleh Zulhazmi, Hamri, Sharinol, Hj Ibrahim, Ayyub, Hayrul, Hj Ghazalle, Ampuan, Shahrun, Aminuddinshah, Zaimmuddin, Ade Hirwan, Hj Aidil dan 3 dari pemain loan iaitu Pg Kamal, Rosmi, Julaini.

Di kesemua jaringan tbs kitani dijaringkan diseparuh masa pertama. Jaringan pertama dijaringkan oleh sepakan tenang Ampuan apabila bola di backheal oleh Pg Kamal setelah Rosmi membuat hantaran dari kiri. Jaringan kedua adalah hasil dari pasingan bola oleh Shahrun kepada Hayrul di dalam kotak D yang berjaya memerangkap pertahanan RBA daripada kedudukan offside lalu memperdayakan penjaga gawang RBA dengan mengkelicik ke kiri lalu merembat masuk ke dalam gawang. tbs kitani melebarkan lagi jaringan ketiganya apabila pemain pertahanan RBA menanduk bola lalu menyumbat masuk ke gawang RBA sendiri setelah larian solo dari Hj Ghazalle di sebelah kanan yang cuba hendak membuat hantaran lintang.

Separuh masa kedua tiada ada jaringan yang berjaya dijaringkan oleh tbs kitani untuk melebarkan lagi jaringan mahupun pasukan RBA untuk menyamakan kedudukan. Namun peluang untuk menyumbatkan bola ke dalam gawang hanya hampir-hampir dihasilkan.

Dalam perlawanan ini beberapa kad kuning telah dilayangkan oleh pengadil perlawanan kepada kedua-dua pasukan termasuklah seorang dari pemain tbs kitani Ampuan setelah membuat tackle lembut kepada pemain RBA.

Sekali lagi management timbulakitani mengucapkan Syabas kepada tbs setelah kemenangan keduanya dan diharap akan meneruskan lagi kemenangan apabila menentang XSOASC pada hari Ahad, 11hb Januari 2009 bertempat di Kompleks Sukan Balapan dan Padang, Berakas.

Khamis, Januari 08, 2009

NEXT MATCH (Jumaat, 09hb Januari 2009)

Berakas - Esuk timbulaspa kitani akan meneruskan lagi perlawanan persahabatan kedua bagi musim 2009 apabila kena lawan lalu akan berkunjung menentang pasukan RBA di Padang Kompleks Sukan RBA, Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas.

Ini adalah merupakan pertama kalinya kedua-dua pasukan berabut bola untuk dimasukkan ke dalam gawang pihak lawan masing-masing. Diharap timbula kitani akan dapat mengekalkan kemenangan kedua dipermulaan musim 2009 setelah kemenangan timpuh hari apabila berjaya menewaskan pasukan ITB di Padang JKR, Berakas dengan jaringan 3-1. Diharap juga pemain-pemain kitani akan menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang bagi perlawanan menentang pasukan RBA esuk.

Ahad, Januari 04, 2009

Match Pembukaan

timbulaspa vs ITB

Padang JKR, Berakas - Hari ini timbulaspa kitani telah memulakan tirai pembukaan musim perlawanan bolasepak persahabatan bagi tahun 2009 dengan meraih kemenangan apabila berjaya menewaskan pasukan bolasepak ITB dengan jaringan 3-1.

timbula kitani pemainnya dibarisi oleh Zulhazmi, Hazlami, Sharinol, Hayrul, Shahrun, Ampuan, Dennie, G Ghazalle, Aminuddinshah dan 2 dari pemain jemputan Md Don, Mohammad.

Perlawanan separuh masa pertama bermula dengan hujan turun lebat namun terpaksa jua diteruskan permainan. Dengan keadaan padang yang licak permainan sedikit lembab menyebabkan pasukan ITB berjaya menjaringkan gol sekaligus pertama kali timbulaspa dibolosi di tahun 2009. Beberapa minit kemudian timbula kitani berjaya membuka jaringan pertama lalu menyamakan kedudukan apabila Hayrul berjaya menyumbat masuk bola ke gawang ITB hasil dari hantaran Mohammad. Sekali lagi timbula kitani menjaringkan gol kedua apabila Ampuan berjaya memasing bola dari tangah kepada Shahrun lalu dengan kaki kiri berjaya menjaringkan gol kedua sekaligus timbula kitani mendahului ITB 2-1. timbula kitani semakin membuat asakkan lalu melebarkan jaringan apabila pasingan bola lintang dari Hayrul berjaya disudahkan dengan tenang oleh Aminuddinshah dan memberikan kedudukan 3-1. Pasukan ITB juga berjaya membuat serangan walaupun kelalaian dari pertahanan timbula kitani namun persembahan terbaik dari penjaga gawang tbs, Zulhazmi telah berjaya mengagalkan ITB untuk menambah jaringan.

Separuh masa kedua permainan kedua-dua pasukan agak sengit walaupun timbula kitani banyak membuat serangan namun gagal menembusi gawang ITB untuk menambahkan keselesaan lagi jaringan di pembukaan perlawanan persahabatan tahun 2009. Pertahanan timbulaspa juga berjaya mengagalkan serangan pemain ITB manakala midfielder timbulaspa juga telah dapat mengawal dibahagian tengah dengan baik. Dalam perlawanan yang semakin ke penghujung masa beberapa insidin telah berlaku yang membawa sedikit kekerasan tekkal-menekkal halang menghalang namun semuanya dalam kawalan pengadil perlawanan. Akhirnya wisil penamat ditiup dan kemenangan kepada timbulaspa. Tahniah dan Syabas.

Sabtu, Januari 03, 2009

Skuad timbula kitani - 2009 season

MANAGEMENT:
tbs29 - Hj Md Ghazalle
tbs88 - Md Fadilah
JURULATIH: tbs31 - Ampuan Md Nurul Azami
CAPTAIN: tbs12 - Sharinol Himadi
GOALKEEPER:
tbs7 - Zulhazmi Azhan
tbs99 - Abd Hadi
tbs - Md Shamsul Bahrin
DEFENDER:
tbs6 - Md Hamri
tbs8 - Md Ayyub Tak
tbs12 - Sharinol Himadi
tbs13 - Md Jismi
tbs14 - Hj Bashrin
tbs21 - Md Zaimmuddin
tbs32 - Hj Md Aidil Azri
tbs37 - Hj Md Ibrahim
tbs84 - Md Azel
MIDFIELDER:
tbs5 - Shahrun
tbs10 - Mahmud
tbs15 - Hj Abd Haris
tbs16 - Ade Hirwan
tbs22 - Md Ayyub Tah
tbs23 - Dennie Adli
tbs27 - Abd Sa'adatul Firdaus
tbs31 - Ampuan Md Nurul Azami
tbs33 - Zainal
tbs57 - Md Hazlami
tbs71 - Md Ahmin Shah
tbs - Hairol Anuar
STRIKER:
tbs17 - Aminuddinshah
tbs20 - Hj Abd Aji
tbs29 - Hj Md Ghazalle
tbs46 - Hayrul Erywan

MUSIM BOLASEPAK TBS 2009

timbulaspa kitani akan memulakan musim bolasepak persahabatan bagi tahun 2009 esuk Hari Ahad, 04hb Januari 2009 di Padang JKR 'B', Lapangan Terbang Lama Berakas menentang pasukan bolasepak ITB.

Setelah mengharungi musim bolasepak persahabatan 2008 timbula kitani telah menutup tirai tahun 2008 pada 30hb Disember 2008 yang lalu dengan mengekalkan kemenangan berturut-turut dalam 3 kali perlawanan kebelakangan.

Disepanjang bermain bolasepak persahabatan tahun 2008, tbs telah mengadakan sebanyak 38 perlawanan (28 kali tbs melwn & 10 kali tbs kna lwn) dengan meraih 20 kemenangan, 15 kekalahan dan hanya mampu seri sebanyak 3 perlawanan. Sekaligus pemain-pemain tbs berjaya menjaringkan sebanyak 123 gol dan penjaga gawang tbs hanya dibolosi dengan 97 jaringan.

Walaumacamanapun di harap tbs kitani akan terus maju dan pemain-pemainnya akan kakal lebih mantapppp lagi bagi persiapan untuk musim baru musim 2009.

kepada penjaring terbanyak tbs 2008 diucapkan tahniah

kepada semua pemain timbula kitani diucapkan terima kasih

terutamanya kepada penjaga gawang tbs dianugerahkan SYABASSS.