WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Selasa, Januari 13, 2009

TERTEWASNYA TBS

timbulaspa vs XSOASC (Creativ01)

Berakas (pelapor) - Pada hari Ahad yang lalu 11hb Januari 2009 menyaksikan tertewasnya timbulaspa buat pertama kali bagi musim 2009 setelah mengharungi 3 perlawanan persahabatan apabila dibenam dengan perbezaan 4 gol di Kompleks Sukan Balapan dan Padang.

timbulaspa dibarisi oleh Zulhazmi, Hamri, Sharinol, Hj Ibrahim, Shahrun, Ampuan, Dennie, Hj Ghazalle, Aminuddinshah, Hayrul, Hj Aidil, dan 3 orang pemain loan Tuah, Pg Kamal, Mohammad.

Jaringan tunggal tbs adalah hanya berjaya untuk sekadar menyamakan kedudukan hasil tendangan kencang Pg Kamal ke gawang creativ01 setelah perebutan bola di dalam kotak penalti ketika Shahrun mengambil sepakan sudut di sebelah kanan.

Perlawanan tbs seterusnya akan berlangsung di Padang JKR menentang pasukan bolasepak Muzium hari Jumaat nanti.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

au eh au eh au eh penipu jua 6-1 jua haha knapa tia perbezaan 4 gol a2 5 gol lah sepatutnya nda pandai matematik kah haha blajar lgi agatah aply skim LDP.