WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Ahad, Januari 04, 2009

Match Pembukaan

timbulaspa vs ITB

Padang JKR, Berakas - Hari ini timbulaspa kitani telah memulakan tirai pembukaan musim perlawanan bolasepak persahabatan bagi tahun 2009 dengan meraih kemenangan apabila berjaya menewaskan pasukan bolasepak ITB dengan jaringan 3-1.

timbula kitani pemainnya dibarisi oleh Zulhazmi, Hazlami, Sharinol, Hayrul, Shahrun, Ampuan, Dennie, G Ghazalle, Aminuddinshah dan 2 dari pemain jemputan Md Don, Mohammad.

Perlawanan separuh masa pertama bermula dengan hujan turun lebat namun terpaksa jua diteruskan permainan. Dengan keadaan padang yang licak permainan sedikit lembab menyebabkan pasukan ITB berjaya menjaringkan gol sekaligus pertama kali timbulaspa dibolosi di tahun 2009. Beberapa minit kemudian timbula kitani berjaya membuka jaringan pertama lalu menyamakan kedudukan apabila Hayrul berjaya menyumbat masuk bola ke gawang ITB hasil dari hantaran Mohammad. Sekali lagi timbula kitani menjaringkan gol kedua apabila Ampuan berjaya memasing bola dari tangah kepada Shahrun lalu dengan kaki kiri berjaya menjaringkan gol kedua sekaligus timbula kitani mendahului ITB 2-1. timbula kitani semakin membuat asakkan lalu melebarkan jaringan apabila pasingan bola lintang dari Hayrul berjaya disudahkan dengan tenang oleh Aminuddinshah dan memberikan kedudukan 3-1. Pasukan ITB juga berjaya membuat serangan walaupun kelalaian dari pertahanan timbula kitani namun persembahan terbaik dari penjaga gawang tbs, Zulhazmi telah berjaya mengagalkan ITB untuk menambah jaringan.

Separuh masa kedua permainan kedua-dua pasukan agak sengit walaupun timbula kitani banyak membuat serangan namun gagal menembusi gawang ITB untuk menambahkan keselesaan lagi jaringan di pembukaan perlawanan persahabatan tahun 2009. Pertahanan timbulaspa juga berjaya mengagalkan serangan pemain ITB manakala midfielder timbulaspa juga telah dapat mengawal dibahagian tengah dengan baik. Dalam perlawanan yang semakin ke penghujung masa beberapa insidin telah berlaku yang membawa sedikit kekerasan tekkal-menekkal halang menghalang namun semuanya dalam kawalan pengadil perlawanan. Akhirnya wisil penamat ditiup dan kemenangan kepada timbulaspa. Tahniah dan Syabas.

Tiada ulasan: