WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Sabtu, Januari 24, 2009

PASUKAN BSS / BTM JAGUH SPA 2009

DOUBLE CHAMPIONS edisi 2009

BERAKAS (Ahad 18/1/2009) - Gabungan Pasukan Bahagian Perkhidmatan / Bahagian Teknologi Maklumat telah merangkul pemenang berganda 2009 dalam Kejohanan Futsal Antara Bahagian-Bahagian Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (BAKA SPA) bagi tahun 2009 setelah menjadi Juara Piala Futsal SPA dalam perlawanan liga dan Johan Piala Final dalam perlawanan final di Dewan Hanger Komplek Sukan JKR.

Juara telah menduduki tempat pertama liga tanpa sebarang kekalahan dan hanya memenangi 5 perlawanan dan 1 seri dengan mengutip jumlah 16 mata. Diikuti dengan Pasukan Bahagian Mesyuarat / Bahagian Tatatertib / Bahagian Iklan yang hanya berjaya sekadar sebagai Naib Juara pada tahun ini dengan 10 mata. Ditempat ketiga adalah Pasukan Bahagian Pengambilan dengan 9 mata manakala Pasukan Pentadbiran dan Kewangan / Bahagian Latihan Dalam Perkhidmatan / Unit Perangkaan dan Data ditempat keempat tanpa mengutip sebarang mata.

Berikutan kedudukan di tempat pertama dan kedua liga, Pasukan Bahagian Perkhidmatan / Bahagian Teknologi Maklumat dan Pasukan Bahagian Mesyuarat / Bahagian Tatatertib / Bahagian Iklan masing-masing telah bertembung sekali lagi bagi perlawanan final yang telah dimenangi oleh Pasukan Bahagian Perkhidmatan / Bahagian Teknologi Maklumat setelah kedua-dua pasukan hanya mampu seri dengan jaringan 1-1 sehingga berakhirnya masa 14 minit permainan penuh dan penentuan kemenangan Pasukan Bahagian Perkhidmatan / Bahagian Teknologi Maklumat adalah dalam sepakan penalti apabila 2 sepakan dari pemain Pasukan Bahagian Mesyuarat / Bahagian Tatatertib / Bahagian Iklan gagal menembusi gawang dengan jaringan 2-0 dan sekaligus melengkapkan JAGUH BERGANDA 2009 dengan merangkul PIALA FUTSAL SPA dan PIALA FINAL kepada Pasukan Bahagian Perkhidmatan / Bahagian Teknologi Maklumat.

Dalam pada masa yang sama juga di acara berasingan bagi wanita Pejabat SPA juga mengadakan perlawanan bola jaring sesama sendiri untuk persediaan awal bagi sebarang kejohanan yang akan diadakan dan juga sebagai latihan untuk mengenali lagi permainan bola jaring.

Manakala di sebelah petang dan malam sebanyak 10 buah pasukan futsal telah dijemput bagi perlawanan futsal jemputan persahabatan yang bertujuan sebagai riadah dan suka-suka sambil mengenali antara pasukan-pasukan yang dijemput bermain.


* berikut adalah diantara caption-caption yang sempat diambil*

Tiada ulasan: