WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Sabtu, Januari 17, 2009

ROAD TO FUTSAL SPA 2009

BMI to defend title JUARA FUTSAL SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Esuk, 18hb Januari 2009 hari Ahad akan menyaksikan empat buah pasukan berentap bagi perebutan PIALA FUTSAL SPA dan PIALA FUTSAL FINAL dalam Kejohanan Futsal Antara Bahagian-Bahagian Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (BAKA SPA) di Dewan Hanger Kompleks Sukan JKR, Lapangan Terbang Lama, Berakas yang dikendalikan oleh timbulaspa kitani.

Pada tahun lepas, Kejohanan Futsal Antara Bahagian-Bahagian Pejabat SPA bagi tahun 2008 telah dijuarai oleh PASUKAN BAHAGIAN MESYUARAT DAN IKLAN.

Bagi tahun ini 4 pasukan yang terdiri dari gabungan bahagian-bahagian iaitu PASUKAN BAHAGIAN MESYUARAT / BAHAGIAN TATATERTIB / BAHAGIAN IKLAN (selaku Juara bertahan Futsal SPA 2008), PASUKAN BAHAGIAN PENGAMBILAN (Naib Juara Futsal SPA 2008), PASUKAN BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN / BAHAGIAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN / UNIT PERANGKAAN DAN DATA, PASUKAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN / BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT akan bersaing.

Kali ini kejohanan tersebut berlainan sedikit iaitu format kejohanan masih mengekalkan sistem perlawanan liga secara round robin demi merebut Piala Futsal SPA dan yang terbaru adalah sistem 2 pasukan teratas liga akan berebut di perlawanan final bagi Piala Futsal Final. Format kejohanan diubah sedikit bertujuan untuk menyaksikan lagi saingan diantara pasukan-pasukan untuk merebut tempat dikalangan 2 pasukan teratas yang terhebat.

Tiada ulasan: