WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Jumaat, Januari 09, 2009

RBA vs TBS

Beat d Unbeatable

Berakas - tbs kitani meraih kemenangan lagi di Padang RBA menewaskan pasukan bolasepak RBA dengan jaringan 3-0. Setelah 2 game persahabatan, tbs dpt mengekalkan kemenangan kedua apabila melayan pelawaan pasukan RBA.

Pemain-pemain tbs kitani dibarisi oleh Zulhazmi, Hamri, Sharinol, Hj Ibrahim, Ayyub, Hayrul, Hj Ghazalle, Ampuan, Shahrun, Aminuddinshah, Zaimmuddin, Ade Hirwan, Hj Aidil dan 3 dari pemain loan iaitu Pg Kamal, Rosmi, Julaini.

Di kesemua jaringan tbs kitani dijaringkan diseparuh masa pertama. Jaringan pertama dijaringkan oleh sepakan tenang Ampuan apabila bola di backheal oleh Pg Kamal setelah Rosmi membuat hantaran dari kiri. Jaringan kedua adalah hasil dari pasingan bola oleh Shahrun kepada Hayrul di dalam kotak D yang berjaya memerangkap pertahanan RBA daripada kedudukan offside lalu memperdayakan penjaga gawang RBA dengan mengkelicik ke kiri lalu merembat masuk ke dalam gawang. tbs kitani melebarkan lagi jaringan ketiganya apabila pemain pertahanan RBA menanduk bola lalu menyumbat masuk ke gawang RBA sendiri setelah larian solo dari Hj Ghazalle di sebelah kanan yang cuba hendak membuat hantaran lintang.

Separuh masa kedua tiada ada jaringan yang berjaya dijaringkan oleh tbs kitani untuk melebarkan lagi jaringan mahupun pasukan RBA untuk menyamakan kedudukan. Namun peluang untuk menyumbatkan bola ke dalam gawang hanya hampir-hampir dihasilkan.

Dalam perlawanan ini beberapa kad kuning telah dilayangkan oleh pengadil perlawanan kepada kedua-dua pasukan termasuklah seorang dari pemain tbs kitani Ampuan setelah membuat tackle lembut kepada pemain RBA.

Sekali lagi management timbulakitani mengucapkan Syabas kepada tbs setelah kemenangan keduanya dan diharap akan meneruskan lagi kemenangan apabila menentang XSOASC pada hari Ahad, 11hb Januari 2009 bertempat di Kompleks Sukan Balapan dan Padang, Berakas.

Tiada ulasan: