WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!
Jumaat, April 30, 2010
tbs on futsal persahabatan
Selasa, April 27, 2010
TEWAS LAGI dalam perlawanan Derby!
Jam : 4:30 petang
Tempat : Padang Menglait
dengan berkeputusan kekalahan..
SPA (2)
SARUN, ZAIM
JPA (3)
Pemain-Pemain TBS yang hadir :
bermain diseparuh masa pertama - Zulhazmi, Hazlami, Rinol, Zainal, Hayrul, Yun, GHaris, Rouhan, Sarun, GGaz, GBaim
bermain diseparuh masa kedua - Zulhusaini, Hamri, GAidil, Amil, Zaim, Bob, Askme, Ayub, GEmy, Denie
Petang tadi, skuad bolasepak TBS bertandang ke Padang Kompleks Sukan Menglait bagi menyahut cabaran seterusnya iaitu perlawanan persahabatan “Derby Match” di antara skuad bolasepak TBS (berjersi Biru) bertemu dengan JPA yang berjersi Oren yang mana TBS dengan hampanya menerima dengan kekalahan seterusnya dengan jaringan TBS tewas 2 gol berbalas 3.. Walaupun tewas, skuad kitani macam biasa tidak kurang hebatnya memberikan saingan yang sengit dan menunjukkan tindak balas di separuh masa pertama dan kedua..Di separuh masa pertama, skuad TBS mendahului jaringan 1-0 hasil jaringan yang dilaksanakan oleh SARUN apabila beliau merembat dengan kencangnya melalui dari sudut kiri. Kegembiraan skuad tbs tidak bertahan lama apabila pasukan lawan mampu bangkit untuk menyamakan kedudukan 1-1. Serangan demi serangan yang dibuat oleh kedua-dua pasukan tidak lagi Berjaya menghasilkan sebarang gol tambahan sehinggalah pengadil meniupkan wisil penamat separuh masa pertama..
Manakala di separuh masa kedua pula, skuad TBS mampu bangkit lagi dengan mendahului jaringan 2-1 hasil dari jaringan yang dibuat oleh ZAIM sekaligus menambah rekod jaringan pertama peribadi beliau bagi tahun ini. Semoga beliau akan terus menyengat di perlawanan yang akan datang dengan jaringan-jaringan pujaan hati beliau hahaha.. Gol ini adalah hasil dari hantaran tengah dari pemain midfielder yang menggelar dirinya sebagai “Alonso” (mau tau sapa?just AskMe hahaha) lalu membuat hantaran kepada Zaim yang sudah menunggu bola kena passing, lalu mengheret bola secara solo dari sudut kanan sehingga melepaskan pertahanan pasukan lawan sehingga berjaya mengheret bola ke kawasan kotak penalty lalu membuat rembatan kencang dari siring banar, lalu gooooolllllllllll… cantek menarik golnya lalu merayakan jaringannya dengan membuat lagu “hai pujaan hati, apa khabarmu…” hahaha jgn marah geng!
Setelah itu pasukan lawan semakin mengganas dan menambah koleksi jaringan dengan menambah 2 gol lagi yang mana berkedudukan skuad TBS ketinggalan jauh 2-3. Walau keputusan jaringan sudah ketinggalan, skuad kitani bangkit di saat-saat akhir dengan membuat serangan bertubi-tubi untuk mencari kalok tetapi gagal meraih atau menambah sebarang gol untuk menyamakan kedudukan dan kemenangan, tetapi sayang seribu kali sayang tidak berjaya jugak, dan akhirnya pengadil dengan mudahnya meniup wisil penamat.. Walaubagaimanapun pujian harus diberikan kepada skuad tbs kerana menunjukkan permainan yang memuaskan serta ada komitmen bersatu padu untuk hadir beramai-ramai bagi mengikuti perlawanan persahabatan ini serta kerja berpasukan yang telah ditunjukkan. Dari sudut pihak pengurusan tbs, diucapkan ribuan terima kasih diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan dan diharap ianya akan berterusan bagi perlawanan-perlawanan yang akan datang.
Dan tidak lupa diucapkan penghargaan kepada penyokong skuad tbs kerana sudi hadir beramai-ramai bagi menyaksikan perlawanan petang tadi diantaranya ialah Fadilah, Daus, Aiyub, Rudi, GAbul & Hadi. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada fotografi-fotografi professional SPA yang sudi hadir mengambil dan menangkap foto-foto atau spot-spot yang cun dari awal hinggalah ke akhir perlawanan, mereka-mereka ialah Samsul, Zulhilmi & Suhaibul. Jumpa lagi di perlawanan persahabatan yang akan datang, kehadiran pasukan tbs sekali lagi adalah sangat-sangat diharapkan bagi memantapkan lagi permainan dan komitmen berpasukan... sekian berita tbs hari ini..
antara skuad bolasepak tbs yang hadir di perlawanan SPA vs JPA
sesi memanaskan badan & stretching..
Big Boss Management TBS turun padang menyaksikan..garang kaliah haha
Antara pemain-pemain simpanan yang menyaksikan perlawanan di separuh masa pertama
gambar atas adalah antara pemain veteran skuad TBS yang menyahut cabaran dan masih bertenaga untuk menyarungi skuad bolasepak TBS, Zainal & Hj Haris..
Rabu, April 21, 2010
kurang dari seminggu
perlawanan bola sepak persahabatan diantara kedua-dua pasukan salalu jua diadakan sabelum ani dengan balatarbalakangkan pelbagai sejarah apatah lagi aksi-aksi ganya keputusan-keputusan perlawanan dahulu atu inda ada dalam kabinet simpanan arkib kitani namun palawanan kali ani diadakan masih tujuannya sama maklum urang karak bula iata untuk mengeratkan lebih mesra lagi hubungan silaturrahim semua warganya disamping mengambangkan networking khususnya dalam aktiviti-aktiviti sukan seperti bola sepak ani manala tau kemudian hari terjalin untuk mengadakan gabungan sukan futsal dan sebagainya bak kata papatah makan bula, minum bula, keraja bula, tandang bula, cakap bula apa saja pasti pasal bula.
walau apapa pun untuk mangembangkan lagi kebolehan pemain-pemain kitani ani pihak pengurusan tbs mengharapkan kepada semua pemain mahupun penyokong dan pangamar tbs supaya hadir beramai ramai selapas waktu bakeraja kul 4.30 patang atu dan mudah mudahan pasukan kitani akan meraih kemenangan dalam perlawanan pertamuan kali ini.
Isnin, April 19, 2010
FUTSAL TBS GAGAL MELANGKAH KE SEMI FINAL
esuk tah hamba mengarang ah..kan tghmlm dah..lalah ku.. kalat dah mata angguk2 dah kepala ni hehehe
Ahad, April 18, 2010
Futsal Jemputan Kejohanan Persahabatan
akan dapat bersedia bagi permainan futsal dengan pasukan jemputan
yang akan diadakan pada hari Isnin, 19hb April
mengambil tempat di Dewan Hanger Kompleks Sukan JKR,Lapangan Terbang Lama Berakas
perlawanan akan bermula pukul 7.00 malam dan akan berakhir pukul 10.00 malam
kerjasama semua pemain amat dihargai..
jgn lupa untuk membawa futsal attire...
baju, seluar, stoking, shin guard, safety guard, glove, kasut futsal, bola futsal
kepada penyokong-penyokong adalah dialu-alukan untuk sama-sama hadir beramai-ramai bagi menyaksikan permainan yang hebat dari pemain-pemain kitani dengan seruan dan sokongan padu abiskita semua kepada pasukan futsal tbs...
jumpa anda disana disana disana.....
Jumaat, April 16, 2010
TBS DIBAYANGI KEKALAHAN LAGI :(
Jam : 4:30 petang
Tempat : Padang Belapan
dengan berkeputusan kekalahan..
SPA (2)
RINOL (Penalty), DENNIE
IMIGRESEN (4)
Pemain-pemain TBS yang hadir : Dennie, Hayrul, gEmmy, Rouhan, gBash, Bob, Rinol, gGaz, Sarun, gBaim, Yun, Zaim, Haz, gAidil, Ayyub, Zulhazme, Sai..
Petang tadi, skuad bolasepak TBS bertandang ke Stadium Belapan dan Padang bagi menyakut cabaran seterusnya iaitu perlawanan persahabatan di antara skuad bolasepak TBS (berjersi Biru) bertemu dengan IMIGRESEN yang berjersi Kuning yang mana TBS dibayangi kekalahan lagi dengan kekalahan seterusnya dengan jaringan TBS tewas 2 gol berbalas 4. Walaupun tewas, skuad kitani macam biasa tidak kurang hebatnya memberikan saingan yang sengit dan menunjukkan tindak balas terutama sekali di separuh masa pertama..
Di Separuh masa pertama, skuad TBS ketinggalan 0-1 di tangan Imigresen yang mana pengadil telah menghadiahkan sepakan penalty kepada pasukan lawan kerana salah seorang pemain skuad tbs telah menjatuhkan pemain lawan di dalam kawasan kotak penalti. Keputusan di separuh masa pertama dengan berkesudahan skuad TBS 0 dan Imigresen 1 hinggalah wisil separuh masa pertama ditiupkan...
Manakala di separuh masa kedua pula, skuad TBS berjaya menyamakan kedudukan seri 1 sama hasil dari tendangan penalti yang dihasilkan dengan kencangnya iaitu pemain pertahanan skuad RINOL. adapun punca sepakan penalti ini dihadiahkan oleh pengadil setelah pemain penyerang tbs Sarun dijatuhkan dalam kawasan kotak penalti apabila beliau hendak melepaskan 2 pertahanan lawan lalu dihadang lalu jatuh tersungkur..kesiannnn dui malaiku haha..
Setelah itu pasukan lawan semakin mengganas dan menambah koleksi jaringan dengan membolosi 3 gol lagi yang mana berkedudukan skuad TBS ketinggalan jauh 1-4. Walau keputusan jaringan sudah ketinggalan, skuad kitani mampu bangkit di saat-saat akhir dengan membuat serangan bertubi-tubi sehingga akhir berjaya menghasilkan dan menambah 1 gol lagi bagi merapatkan jurang yang mana dijaringkan oleh DENNIE sekaligus menambah rekod jaringan pertama peribadi beliau bagi tahun ini. Semoga beliau akan terus menyengat di perlawanan yang akan datang dengan jaringan-jaringan macho beliau hahaha.. Gol ini adalah hasil dari hantaran tinggi dari sebelah kanan overlapper yang tidak asing lagi yang femos selalu membuat hantaran cantik dari kanan iaitu Haz, lalu dengan mudahnya disambar dan dirembat masuk oleh pemain tengah kiri Dennie lalu golllllll... riuh rendah stadium keramat oleh penyokong-penyokong skuad tbs..
Serangan demi serangan dibuat oleh kedua-kedua pasukan tetapi gagal lagi meraih atau menambah sebarang gol dan skuad tbs jugak bertubi-tubi membuat serangan untuk mencari kalok merapatkan jurang, tetapi sayang seribu kali sayang tidak berjaya jugak, dan akhirnya pengadil dengan mudahnya meniup wisil penamat.. Walaubagaimanapun pujian harus diberikan kepada skuad tbs kerana menunjukkan permainan yang memuaskan serta ada komitmen bersatu padu untuk hadir beramai-ramai bagi mengikuti perlawanan persahabatan ini serta kerja berpasukan yang telah ditunjukkan. Dari sudut pihak pengurusan tbs, diucapkan ribuan terima kasih diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan dan diharap ianya akan berterusan bagi perlawanan-perlawanan yang akan datang. Dan tidak lupa diucapkan penghargaan kepada penyokong-penyokong skuad tbs kerana sudi hadir beramai-ramai bagi menyaksikan perlawanan petang tadi. Jumpa lagi di perlawanan persahabatan yang akan datang iaitu pada 27 April 2010 iaitu perlawanan diantara skuad bolasepak TBS bertemu dengan JPA di padang Menglait jam 4:30 petang. Kehadiran pasukan tbs sekali lagi adalah sangat-sangat diharapkan bagi memantapkan lagi permainan dan komitmen berpasukan... sekian berita tbs hari ini..
Gambar-gambar yang ditangkap sewaktu perlawanan..nda berapa banyak..enjoy!

antara pemain yang bersemangat paling awal datang bagi menyahut cabaran perlawanan persahatan ini..kesian sulnya duiiii ma malaiku.. baju atu tbs46 punya tu.. puiiiiii

inilah 3 pemain skuad tbs yang belangau menunggu kehadiran pemain-pemain tbs yang lain sambil menikmati pisang dan begaut sama kekasih pakai handphone antik stupur hahaha.. jgn nda galatz!

posing selepas perlawanan.. begambar bukan main! walaupun menerima kekalahan tetapi masih ada semangat untuk bergambar dengan hati yang gumbira sebab TBS diibaratkan Team Becali Saja..so kalah & menang adat perlawanan, yang penting enjoyyyyyyyyyyyyyyy... lurus?
Jumpa lagi di perlawanan yang akan datang!
Khamis, April 08, 2010
TIPS HARI INI..
Kesimpulannya adalah : "Pisang adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa"
Menurut kajian pakar, pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar berterusan dan mendapati 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.
Renung-renungkan lah..bayangkan lah.. so kali ani setiap kali kita "as a team" sebelum perlawanan mesti ada pisang & makan 2 biji seorang..setuju? hahaha bah tbs management sediakan tah budget untuk beli pisang..wawawawa






