WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Jumaat, April 30, 2010

tbs on futsal persahabatan


berakas - Buat pertama kalinya pengurusan timbulaspa telah mengendalikan acara riadah Futsal Persahabatan yang telah diadakan pagi tadi di Dewan Hanger JKR. Sebanyak 5 pasukan menyertai terdiri dari 4 buah jabatan yang dijemput iaitu Tabung Amanah Pekerja (TAP), Jabatan Tenaga (ED), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) disamping Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Acara tersebut dijalankan pukul 8 pagi sehingga pukul 11 pagi secara liga dan telah dijuarai oleh JPM dengan mengutip 10 mata dari 4 perlawanan. Diikuti oleh ED ke-2 dengan 7 mata, SPA ke-3 dengan 5 mata, EGNC ke-4 dengan 3 mata dan TAP ke-5 dengan 1 mata. Pasukan JPM telah menerima sebuah Tropi rabutan dan berjaya malayakan pasukan tersebut untuk masuk keperlawanan futsal yang akan diadakan nanti dengan pendaftaran secara percuma. Syabas Pasukan JPM...

Tropi yang dijuarai oleh Pasukan JPM

walaumacamanapun TAHNIAH diucapkan kepada pemain-pemain tbs yang mewakili bermain bagi Pasukan SPA.

pemain-pemain tbs: Denie, G Emy, Bob, Rinol, G Baim, Aiyub, Yun, Ham, Haz, Ahmin, Zulhazmi dan Zulhusaini

Tiada ulasan: