WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Ahad, April 04, 2010

ANOTHER AWAL KNOCK OUT....

dari kiri ke kanan (duduk) haz, denie, ggaz, amil, sarun
(berdiri) bob, hyrul, jul, rinol, ham



Hari ini, sekali lagi futsal TBS telah mengikuti undangan Kejohanan Mini Futsal dikelolakan oleh B.O.W yang berlangsung petang tadi dari pukul 1 hingga 6 bertempat di Multi-Purpose Hall SNHB, Berakas. Dalam kejohanan tersebut pihak pengurusan tbs telah menghantar pemain-pemainnya iaitu Zulhazmi, Rinol, GGaz, Sarun, Heyrul, Denie, Ham, Haz, Bob dan Amil. Pasukan TBS ditempatkan dalam Kumpulan B dengan menentang 6 buah pasukan. Hasil dari perlawanan tersebut pasukan futsal TBS berjaya meraih 1 kemenangan, 4 seri, 1 kekalahan dan telah menduduki ditempat ke 5 kumpulan.

Semasa empat perlawanan awal penjaga gawang kitani ZULHAZMI berjaya mengekalkan gawangnya tanpa dibolosi sekaligus mendapat pujian sebagai hanya satu-satunya pasukan tanpa bolos namun ahirnya tertewas juga dengan 3 gol kemasukan manakala jaringan pembukaan TBS berjaya ditembusi hasil dari kemenangan pertama di perlawanan ke empat dengan 1-0 yang dijaringkan oleh GGAZ dan jaringan seterusnya di perlawanan ke lima hasil gol penyelamat RINOL ketika pasukan seri 1-1. Diperlawanan pertama hingga ketiga kesemuanya hanya akur seri 0-0 dan diperlawanan terakhir pasukan tewas dengan 0-2. Namun kesemua perlawanan adalah kejayaan dan kesilapan kitani sebagai berpasukan dan juga atas kerjasama, usaha keras dalam mengharungi 6 perlawanan dan dari segi statistik pasukan telah menunjukan peningkatan yang baik. maju goo tbs...

Tiada ulasan: