WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Jumaat, April 16, 2010

TBS DIBAYANGI KEKALAHAN LAGI :(

Tarikh : 16 April 2010, Jumaat
Jam : 4:30 petang
Tempat : Padang Belapan

dengan berkeputusan kekalahan..

SPA (2)
RINOL (Penalty), DENNIE

IMIGRESEN (4)

Pemain-pemain TBS yang hadir : Dennie, Hayrul, gEmmy, Rouhan, gBash, Bob, Rinol, gGaz, Sarun, gBaim, Yun, Zaim, Haz, gAidil, Ayyub, Zulhazme, Sai..

Petang tadi, skuad bolasepak TBS bertandang ke Stadium Belapan dan Padang bagi menyakut cabaran seterusnya iaitu perlawanan persahabatan di antara skuad bolasepak TBS (berjersi Biru) bertemu dengan IMIGRESEN yang berjersi Kuning yang mana TBS dibayangi kekalahan lagi dengan kekalahan seterusnya dengan jaringan TBS tewas 2 gol berbalas 4. Walaupun tewas, skuad kitani macam biasa tidak kurang hebatnya memberikan saingan yang sengit dan menunjukkan tindak balas terutama sekali di separuh masa pertama..

Di Separuh masa pertama, skuad TBS ketinggalan 0-1 di tangan Imigresen yang mana pengadil telah menghadiahkan sepakan penalty kepada pasukan lawan kerana salah seorang pemain skuad tbs telah menjatuhkan pemain lawan di dalam kawasan kotak penalti. Keputusan di separuh masa pertama dengan berkesudahan skuad TBS 0 dan Imigresen 1 hinggalah wisil separuh masa pertama ditiupkan...

Manakala di separuh masa kedua pula, skuad TBS berjaya menyamakan kedudukan seri 1 sama hasil dari tendangan penalti yang dihasilkan dengan kencangnya iaitu pemain pertahanan skuad RINOL. adapun punca sepakan penalti ini dihadiahkan oleh pengadil setelah pemain penyerang tbs Sarun dijatuhkan dalam kawasan kotak penalti apabila beliau hendak melepaskan 2 pertahanan lawan lalu dihadang lalu jatuh tersungkur..kesiannnn dui malaiku haha..

Setelah itu pasukan lawan semakin mengganas dan menambah koleksi jaringan dengan membolosi 3 gol lagi yang mana berkedudukan skuad TBS ketinggalan jauh 1-4. Walau keputusan jaringan sudah ketinggalan, skuad kitani mampu bangkit di saat-saat akhir dengan membuat serangan bertubi-tubi sehingga akhir berjaya menghasilkan dan menambah 1 gol lagi bagi merapatkan jurang yang mana dijaringkan oleh DENNIE sekaligus menambah rekod jaringan pertama peribadi beliau bagi tahun ini. Semoga beliau akan terus menyengat di perlawanan yang akan datang dengan jaringan-jaringan macho beliau hahaha.. Gol ini adalah hasil dari hantaran tinggi dari sebelah kanan overlapper yang tidak asing lagi yang femos selalu membuat hantaran cantik dari kanan iaitu Haz, lalu dengan mudahnya disambar dan dirembat masuk oleh pemain tengah kiri Dennie lalu golllllll... riuh rendah stadium keramat oleh penyokong-penyokong skuad tbs..

Serangan demi serangan dibuat oleh kedua-kedua pasukan tetapi gagal lagi meraih atau menambah sebarang gol dan skuad tbs jugak bertubi-tubi membuat serangan untuk mencari kalok merapatkan jurang, tetapi sayang seribu kali sayang tidak berjaya jugak, dan akhirnya pengadil dengan mudahnya meniup wisil penamat.. Walaubagaimanapun pujian harus diberikan kepada skuad tbs kerana menunjukkan permainan yang memuaskan serta ada komitmen bersatu padu untuk hadir beramai-ramai bagi mengikuti perlawanan persahabatan ini serta kerja berpasukan yang telah ditunjukkan. Dari sudut pihak pengurusan tbs, diucapkan ribuan terima kasih diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan dan diharap ianya akan berterusan bagi perlawanan-perlawanan yang akan datang. Dan tidak lupa diucapkan penghargaan kepada penyokong-penyokong skuad tbs kerana sudi hadir beramai-ramai bagi menyaksikan perlawanan petang tadi. Jumpa lagi di perlawanan persahabatan yang akan datang iaitu pada 27 April 2010 iaitu perlawanan diantara skuad bolasepak TBS bertemu dengan JPA di padang Menglait jam 4:30 petang. Kehadiran pasukan tbs sekali lagi adalah sangat-sangat diharapkan bagi memantapkan lagi permainan dan komitmen berpasukan... sekian berita tbs hari ini..

Gambar-gambar yang ditangkap sewaktu perlawanan..nda berapa banyak..enjoy!


antara pemain yang bersemangat paling awal datang bagi menyahut cabaran perlawanan persahatan ini..kesian sulnya duiiii ma malaiku.. baju atu tbs46 punya tu.. puiiiiii

inilah 3 pemain skuad tbs yang belangau menunggu kehadiran pemain-pemain tbs yang lain sambil menikmati pisang dan begaut sama kekasih pakai handphone antik stupur hahaha.. jgn nda galatz!

posing selepas perlawanan.. begambar bukan main! walaupun menerima kekalahan tetapi masih ada semangat untuk bergambar dengan hati yang gumbira sebab TBS diibaratkan Team Becali Saja..so kalah & menang adat perlawanan, yang penting enjoyyyyyyyyyyyyyyy... lurus?

Jumpa lagi di perlawanan yang akan datang!

Tiada ulasan: