WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Sabtu, April 03, 2010

SKUAD TBS KECUNDANG LAGI DITANGAN EGNC

Tarikh : 3 April 2010, Sabtu
Jam : 4.30 petang
Tempat : Padang Menglait B

Dengan berkeputusan kekalahan ..

SPA (3)
SARUN(2), G BAIM

EGNC (5)

Pemain-Pemain TBS yg hadir : Suhara, denie, hasmi, hayrul, g bash, bob, abul, rinol, g gaz, sarun, g baim, yun, zaim, ham, haz, g aidil, hamil..

Petang tadi, skuad bola sepak TBS bertandang ke Padang Menglait bagi menyahut cabaran perlawanan persahabatan di antara skuad bola sepak TBS (berjersi Biru) bertemu dengan EGNC yang berjersi putih yang mana TBS terpaksa akur dengan kekalahan dengan jaringan TBS tewas 3 gol babalas 5. Walaupun tewas, skuad kitani ani masih mampu berjaya memberikan saingan yang sengit dan menunjukkan tindak balas dengan permainan yang di buat begitu baik.

Di separuh masa pertama, skuad tbs berkeputusan seri 2 sama sehingga wisil penamat separuh masa ditiupkan. Jaringan pertama tbs dihasilkan oleh SARUN yang mana menerima hantaran 'thro ball' dari Abul lalu merembat bola masuk bagi menyamakan kedudukan seri 1 sama. Sebelum perlawanan separuh masa tamat, SARUN sekali lagi menjaringkan gol keduanya melalui rembatan dari luar kotak penalty, rembatannya sempat ditepis oleh penjaga gawang lawan akan tetapi bolanya mengantul masuk kedalam garisan lalu tekeluar balik.. pihak lawan menafikan jaringan tersebut akan tetapi keputusan pengadil adalah muktamat kerana pengadil lebih arif dan matanya lebih tajam melihat bola mengantul lalu terkeluar balik.. cali banar bola atu,berantu kali haha.. Jaringan tersebut menyamakan kedudukan seri 2 sama sehinggalah wisil separuh masa pertama ditiupkan..

Manakala di separuh masa kedua pula, pasukan lawan semakin mengganas dan menambah koleksi jaringan dengan membolosi 3 gol lagi yang mana berkedudukan skuad TBS kini telah ketinggalan jauh 2-5. Walau keputusan telah ketinggalan dibelakang sepertinya pihak lawan beranggapan rasa kekecewaan telah diharungi skuad TBS, pasukan kitani lakat jua mampu bangkit di saat-saat akhir dengan membuat serangan bertubi-tubi sehingga ahirnya berjaya menghasilkan 1 gol yang mana dijaringkan oleh G BAIM. Gol ini adalah hasil dari rembatan kencang Yun dari luar kotak penalty sehingga penjaga gawang lawan tidak dapat mendakap bola tersebut dan terlepas dari genggaman, lalu bola melantul di depan G Baim, lalu G Baim tidak melepaskan peluang dengan membuat rembatan yang kencang lalu golllllll.... sekaligus jaringan pertama beliau dalam tahun ini..

Di saat-saat akhir juga, skuad TBS masih lagi mampu membuat serangan demi serangan tetapi gagal meraih sebarang gol tambahan lagi untuk mencari kalok merapatkan jurang jaringan hinggalah wisil perlawanan ditamatkan oleh pengadil..sayang seribu kali sayang.. Walaubagaimanapun pujian harus diberikan kepada skuad tbs kerana menunjukkan permainan yang memuaskan serta ada komitmen lagi untuk hadir beramai-ramai bagi mengikuti perlawanan persahabatan ini serta kerja berpasukan yang telah ditunjukkan. Dari sudut pihak pengurusan tbs, diucapkan terima kasih diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan dan diharap ianya akan berterusan bagi perlawanan-perlawanan yang akan datang. Dan tidak lupa juga diucapkan penghargaan kepada penyokong-penyokong skuad tbs kerana bisdurang sudi hadir beramai-ramai bagi menyaksikan perlawanan petang tadi. Jumpa lagi di perlawanan parsahabatan seterusnya yang akan datang. Kehadiran pasukan tbs sekali lagi adalah sangat-sangat diharapkan bagi memantapkan lagi permainan dan komitmen berpasukan..

Gambar-gambar yang sempat diambil sewaktu perlawanan, enjoy tah..


antara penyokong-penyokong tbs yang hadir menyaksikan perlawanan

penyokong romantis tbs..nda mau sama-sama duduk dengan penyokong lain hehe.. antara penyokong wanita tbs yang memberi semangat kepada skuad bolasepak tbs..peaceee

aksi selepas perlawanan yang terpaksa akur dengan kekalahan di tangan EGNC. Walaupun kalah tapi semangat & komitmen yang diberikan. Walaupun kalah tetap happy jua n iski kan begambar hahaha....

Tiada ulasan: