WE ARE BACK IN ACTION.. GO TIMBULASPA...!!!

Blog kitani TIMBULASPA atau dkenali dengan jolokan pasukan SUPERIA kembali aktif & beraksi semula menyalurkan infomasi sukan bagi musim tahun 2011 penggal yang ke-4 dipersada rangkaian laman sosial sejak tahun 2008. Ianya akan dikemaskinikan dengan dipenuhi segala maklumat-maklumat terkini yang membabitkan perlawanan-perlawanan bolasepak dan juga acara-acara sukan yang lain yang bersangkut-paut dengan Pejabat SPA.. marilah kita bersatu membawa cogan MAJU SUKAN UNTUK SPA.. semangat bangun bah! hehehe dan berslogankan KOMITMEN DI BERI, TBS DIHARGAI gooo...

Selasa, April 27, 2010

TEWAS LAGI dalam perlawanan Derby!

Tarikh : 27 April 2010, Selasa
Jam : 4:30 petang
Tempat : Padang Menglait

dengan berkeputusan kekalahan..

SPA (2)
SARUN, ZAIM

JPA (3)

Pemain-Pemain TBS yang hadir :

bermain diseparuh masa pertama - Zulhazmi, Hazlami, Rinol, Zainal, Hayrul, Yun, GHaris, Rouhan, Sarun, GGaz, GBaim

bermain diseparuh masa kedua - Zulhusaini, Hamri, GAidil, Amil, Zaim, Bob, Askme, Ayub, GEmy, Denie


Petang tadi, skuad bolasepak TBS bertandang ke Padang Kompleks Sukan Menglait bagi menyahut cabaran seterusnya iaitu perlawanan persahabatan “Derby Match” di antara skuad bolasepak TBS (berjersi Biru) bertemu dengan JPA yang berjersi Oren yang mana TBS dengan hampanya menerima dengan kekalahan seterusnya dengan jaringan TBS tewas 2 gol berbalas 3.. Walaupun tewas, skuad kitani macam biasa tidak kurang hebatnya memberikan saingan yang sengit dan menunjukkan tindak balas di separuh masa pertama dan kedua..Di separuh masa pertama, skuad TBS mendahului jaringan 1-0 hasil jaringan yang dilaksanakan oleh SARUN apabila beliau merembat dengan kencangnya melalui dari sudut kiri. Kegembiraan skuad tbs tidak bertahan lama apabila pasukan lawan mampu bangkit untuk menyamakan kedudukan 1-1. Serangan demi serangan yang dibuat oleh kedua-dua pasukan tidak lagi Berjaya menghasilkan sebarang gol tambahan sehinggalah pengadil meniupkan wisil penamat separuh masa pertama..

Manakala di separuh masa kedua pula, skuad TBS mampu bangkit lagi dengan mendahului jaringan 2-1 hasil dari jaringan yang dibuat oleh ZAIM sekaligus menambah rekod jaringan pertama peribadi beliau bagi tahun ini. Semoga beliau akan terus menyengat di perlawanan yang akan datang dengan jaringan-jaringan pujaan hati beliau hahaha.. Gol ini adalah hasil dari hantaran tengah dari pemain midfielder yang menggelar dirinya sebagai “Alonso” (mau tau sapa?just AskMe hahaha) lalu membuat hantaran kepada Zaim yang sudah menunggu bola kena passing, lalu mengheret bola secara solo dari sudut kanan sehingga melepaskan pertahanan pasukan lawan sehingga berjaya mengheret bola ke kawasan kotak penalty lalu membuat rembatan kencang dari siring banar, lalu gooooolllllllllll… cantek menarik golnya lalu merayakan jaringannya dengan membuat lagu “hai pujaan hati, apa khabarmu…” hahaha jgn marah geng!

Setelah itu pasukan lawan semakin mengganas dan menambah koleksi jaringan dengan menambah 2 gol lagi yang mana berkedudukan skuad TBS ketinggalan jauh 2-3. Walau keputusan jaringan sudah ketinggalan, skuad kitani bangkit di saat-saat akhir dengan membuat serangan bertubi-tubi untuk mencari kalok tetapi gagal meraih atau menambah sebarang gol untuk menyamakan kedudukan dan kemenangan, tetapi sayang seribu kali sayang tidak berjaya jugak, dan akhirnya pengadil dengan mudahnya meniup wisil penamat.. Walaubagaimanapun pujian harus diberikan kepada skuad tbs kerana menunjukkan permainan yang memuaskan serta ada komitmen bersatu padu untuk hadir beramai-ramai bagi mengikuti perlawanan persahabatan ini serta kerja berpasukan yang telah ditunjukkan. Dari sudut pihak pengurusan tbs, diucapkan ribuan terima kasih diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan dan diharap ianya akan berterusan bagi perlawanan-perlawanan yang akan datang.

Dan tidak lupa diucapkan penghargaan kepada penyokong skuad tbs kerana sudi hadir beramai-ramai bagi menyaksikan perlawanan petang tadi diantaranya ialah Fadilah, Daus, Aiyub, Rudi, GAbul & Hadi. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada fotografi-fotografi professional SPA yang sudi hadir mengambil dan menangkap foto-foto atau spot-spot yang cun dari awal hinggalah ke akhir perlawanan, mereka-mereka ialah Samsul, Zulhilmi & Suhaibul. Jumpa lagi di perlawanan persahabatan yang akan datang, kehadiran pasukan tbs sekali lagi adalah sangat-sangat diharapkan bagi memantapkan lagi permainan dan komitmen berpasukan... sekian berita tbs hari ini..


antara skuad bolasepak tbs yang hadir di perlawanan SPA vs JPA

sesi memanaskan badan & stretching..


Big Boss Management TBS turun padang menyaksikan..garang kaliah haha


Antara pemain-pemain simpanan yang menyaksikan perlawanan di separuh masa pertama

Our official TBS Photographer, Samsul & Zul

Jaringan pertama yang dibuat oleh Sarun..
Aksi di perlawanan separuh masa pertama..

gambar atas adalah antara pemain veteran skuad TBS yang menyahut cabaran dan masih bertenaga untuk menyarungi skuad bolasepak TBS, Zainal & Hj Haris..
antara pemain-pemain skuad TBS yang diambil gambar sewaktu beraksi.. pemain lain nda kana shoot, jgn salahkan aku ah..tanya photographer2 tbs hehehe


Aksi di perlawanan separuh masa kedua...

antara pemain-pemain yang sudah bermain di separuh masa pertama.. boleh 2 team yooo!

ini lah aksi skuad TBS walaupun kalah tetapi masih bersemangat dan tidak kecundang dengan kekalahan yang diterima.. teruskan usaha.. Go TBS!

Tiada ulasan: